Dapur

Anak Kongsi Resipi Maknya Masak SAMBAL IKAN Sedap, Sampai Orang Selalu Panggil Masak Kenduri!

2
SHARES
sambal ikan

Sambal ikan merupakan antara menu ringkas yang mudah untuk disediakan. Campak-campak pun boleh siap dengan cepat!

Namun, nak kekalkan kesedapannya bukanlah mudah. Kadang-kadang ada yang terlebih manis, terkurang masin dan tak cukup seimbang rasanya. Jadi, apa kata anda cuba pula teknik masak sambal ikan dari air tangan emak kepada Syalfarina Razali ini.

Baca juga: Strawberry Cheesecake Resipi Tanpa Guna ‘Oven’ & Tak Muak Makan Sebab Ada Bahan Istimewa!

SAMBAL IKAN SEDAP AIR TANGAN EMAK

sambal ikan

Gambar: Syalfarina Razali

Menurutnya, kesedapan sambal ikan emaknya itu membuatkan orang tercari-cari apabila ada majlis keramaian. Di mana, dia atau emaknya kerap dipanggil di majlis kenduri atau jamuan untuk memasak lauk kegemaran ramai itu.

Aku nak ucapkan terima kasih dekat mak sebab ajar aku masak sambal sampai pandai. Sampai beranilah orang pertaruhkan kenduri dan jamuan untuk aku masak sebab mak yang ajar aku.

Ini minggu depan ada orang mintakkan sambal udang 3kg untuk kenduri. Dia tak nak orang lain masak sambal itu, melainkan aku atau mak aku sahaja. Allahhh…

Mari aku kongsikan cara masak sambal ikan cara mak aku. Kalau teknik sambal sotong ada lain sikit, tapi aku dah pernah kongsi. Jadi, secara asasnya ini adalah teknik kami.

Ini aku masak sambal ikan cencaru 6 ekor saiz sedang.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Ikan cencaru
    12 biji bawang merah kecil
    6 ulas bawang putih
    3 senduk kecil cili kisar
    Setengah labu bawang holland
    Air asam jawa
    Garam dan perasa
  1. Goreng dulu ikannya dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Hiris atau kisar bawang merah kecil dan bawang putih. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal manis secara semula jadi. Jadi, tak payah guna banyak gula.
  3. Tumis semua bawang hiris dan guna minyak yang goreng ikan tadi.
  4. Bebawang dah kekuningan dan naik bau, masukkan cili kisar serta besarkan api.
  5. Bila cili dah nampak garing, masukkan sedikit air dan ulang renehkan sambal sebanyak 2 3 kitaran. Masa ini boleh perlahankan api dan bila dah kering lagi, masukkan air dan reneh lagi.
  6. Sambil itu dah boleh masukkan hirisan bawang holland. Nak kisar pun boleh. Bawang holland bukan sahaja manis semula jadi tapi melemakkan sambal.
  7. Masukkan sedikit air asam jawa, agak-agak sesudu dua.
  8. Masukkan garam dan perasa jika perlu.
  9. Masukkan ikan dan renehkan seketika supaya meresap sambal dengan ikan.

Baca juga: Tips Rebus KERANG Elak Kecut Tapi Jadi Gebu, Puas Hati Bila Gigit!

Ok dah siap. Hanya sediakan seperiuk nasi. Kalau ada kobis masak lemak lagi ngam. Selamat mencuba!

Kalau nak tambah rasa manis dalam sambal lagi, lebih bagus pakai gula melaka asli. Kami memang pakai itu je. Gula melaka asli pun lemak-lemak. Pilihan aku mestilah gula melaka asli ini: https://bit.ly/3UvVhYj

Baca juga: Resipi Donut Gebu Viral Cantik Bergulung, Tiada Bahan Telur & Mudah Untuk Ajak Anak Buat Bersama!

Sumber: Syalfarina Razali

FT Image: Syalfarina Razali / Sinar Syafiq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×