Terdapat pelbagai resepi ikan keli yang menyelerakan untuk dimasak seperti lauk ikan keli lemak cili api campur asam belimbing. Serius sedap! Selain itu, ikan keli kalau digoreng garam kunyit sahaja pun enak untuk diratah dengan bunyi kriuk kriuk garingnya lagi.
Namun, bukan semua orang pandai untuk masak ikan keli. Hal ini kerana, ia mempunyai lendir-lendir hanyir yang boleh mematikan selera jika tidak dicuci dengan bersih.
Baca juga: Bibik Jawa Timur Ajar Buat Ayam Penyet Sambal Terasi Versi Paling Ringkas Tapi Rasa Meledakkk!
RESEPI IKAN KELI HILANG LENDIR HANYIR
Umum juga mengetahui, terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan lendir hanyir ikan tersebut seperti menggunakan asam jawa dan tepung gandum.
Tapi kali ini, penulis ingin berkongsikan tips menghilangkan hanyir lendir ikan keli dengan cara yang paling cepat iaitu selama seminit sahaja. Malah, cara ini juga boleh mengelakkan ikan keli meletup apabila digoreng.
Jom lihat cara-caranya seperti dikongsikan oleh Aisha Shukor.
Baca juga: Resipi Pulut Gaul Nyor (Kelapa Parut) & Ikan Rebus Goreng Manis, Sedap Macam Di Yala Thailand!
Baca juga: Resipi Nugget Ayam Tempura ‘Homemade’, Dari Tak Gemar Isi Dada Ayam Terus Laju Je Nak Gigit!
Melalui perkongsian Aisha, dia telah menemui tips yang cepat untuk membuang lendir-lendir hanyir ikan keli iaitu dengan menggunakan jus limau Thai dan garam halus.
Berikut adalah cara-caranya:
- Siang ikan keli dengan bersih.
- Kemudian, masukkan ia ke dalam bekas atau periuk.
- Masukkan setengah cawan jus limau Thai.
- Letakkan juga garam halus sesudu.
- Gaulkan kesemuanya dan biar ia selama seminit dua.
- Setelah itu, cuci bersih dan toskan.
- Perasakan dengan campuran kunyit dan garam sebelum ia digoreng.
Menurutnya lagi, apabila menggoreng ikan keli tersebut ia tidak akan meletup.
Baca juga: Ada Warna Hitam & Perang, Ramai Keliru Asam Keping Mana Yang Lebih Sedap, Ini Jawapannya!
Jadi, jika anda mencari jus limau tersebut yang biasa digunakan untuk masak lauk tomyam, ia boleh didapati di kedai runcit dengan harga RM4.50 sebotol.
Bahkan, jus limau Thai itu juga digunakan oleh Puan Aisha untuk mencuci ikan dan sotong.
P/s: Kalau nak tahu cara hilangkan bisa ikan tongkol boleh klik di sini.
Baca juga: Resipi Gulai Lemak Pisang Kapas Campur Ikan Masin Talang, Lauk Kampung No. 1 Kesukaan Ramai!
Sumber: Aisha Shukor
FT Image: Mohd Haffiz Supai / Google