Dapur

Resepi Sotong Celup Tepung Rangup & Tips Elak Meletop Semasa Goreng!

81
SHARES
resepi sotong celup tepung

Rupanya mudah sahaja nak menyediakan hidangan sotong celup tepung yang rangup. Dah tahu ‘trick‘ ini tak perlu susah-susah makan di kedai. Ini resepi sotong celup tepung yang dikongsikan Puan Iella Mohamad.

Selain itu, Puan Iella juga berkongsikan tips goreng sotong agar ia tidak meletop terkena percikan minyak. Jom, baca resepi sotong celup tepung di bawah.

Baca juga: Rojak Betik Kuah Ikan Terengganu, Versi Pantai Timur Ni Lebih Kecur Air Liur!

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG

resepi sotong celup tepung

Gambar: Iella Mohamad

Assalamualaikum. Disebabkan sekarang musim sotong, tak kira pagi petang siang malam boleh makan sotong celup tepungkan. Benda boleh buat dekat rumah buat apa susah-susah makan dekat kedaikan lagi jimat ya dak.

Ini cara saya buat sotong celup tepung.

Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

Bahan dan cara penyediaan:

resepi sotong celup tepung

Gambar: Pastikan sotong dicuci bersih dan buang kulitnya ya – Iella Mohamad

  • Tepung beras (pastikan pakai tepung cap gajah)
  • Telur sebiji
  • Air kapur sikit
  • Garam
  • Pewarna (kalau tak ada pakai serbuk kunyit pun tak apa)
  1. Jangan lupa gaulkan sotong dengan tepung beras sahaja dulu.
  2. Kemudian, gaul bahan-bahan di atas hingga sebati agak-agak jangan cair sangat dan jangan pekat sangat
  3. Setelah itu, baru masukkan sotong itu ke dalam bancuhan tadi.
  4. Anggaran dalam 1 sudu macam itu lah supaya bancuhan tepung melekat dekat sotong bila goreng nanti ya!!!
  5. Panaskan minyak biar betu-betul panas baru masukkan sotong.

Okay selamat mencuba! Semoga resipi dari emak saya ini bermanfaat untuk semua.

Baca juga: Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!

Tips goreng sotong tak meletup

resepi sotong celup tepung

Gambar: Iella Mohamad

Disebabkan ramai yang tanya tak meletop ke? Ini ha mak-mak semua harus bersihkan kulit dia macam di gambar. Insha Allah, tak meletop sebab ada lapisan kulitnya itu la puncanya.

Baca juga: Resepi Lazat Ubi Tonyoh ‘Favourite’ Atok Nenek, Paling Laris Tiba Musim Tengkujuh!

Sumber: Iella Mohamad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Iella Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×