Terdapat pelbagai jenis rojak yang boleh dinikmati di Malaysia. Ini termasuklah rojak betik kuah ikan terengganu yang sangat popular di negeri Pantai Timur. Rugi kalau tak cuba sebab boleh buat kecur air liur! Kalau nak cuba rasa, resepi rojak betik kuah ikan terengganu yang dikongsikan oleh Masri Awang boleh dijadikan sebagai panduan.
Baca juga: Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!
ROJAK BETIK KUAH IKAN TERENGGANU
Rojak betik kuah ikan tranung. Hari itu, ada kawan tanya macam mana buat kuah rojak ini. Ini resipi arwah tok, orang lain tak pastilah cara macam mana.
Baca juga: Resepi Lazat Ubi Tonyoh ‘Favourite’ Atok Nenek, Paling Laris Tiba Musim Tengkujuh!
Bahan utama:
- Ikan selayang/kembung – 5/6 ekor
Bahan B:
- Cili boh – 3 senduk kecil
- Gula manisan – 3 keping
- Gula – 3 sudu
- Air – 3 cawan
- Garam – 1 sudu kecil
- Belacan (sikit saja) – pilihan
- Kicap – 3 sudu
Bahan C:
- Cuka – setengah cawan
- Betik yang mengkal (betik yang keras tapi bukan dah masak)
- Timun
- Nanas
Baca juga: Resepi Putu Piring Kuih Tradisional Popular, Boleh Guna Acuan Bulat Gebu Hasilnya!
- Pertama sekali, rebus ikan bahan utama itu dan apabila sejuk buangkan segala tulangnya.
- Masakkan kesemua bahan B sehingga gula manisan larut.
- Setelah itu, sejukkan bahan B tersebut.
- Kemudian, bahan B yang telah dimasak dan dibiar sejuk tadi kisarkan ia bersama isi ikan.
- Ambil buah betik dan sagat dengan alatan bersesuaian seperti di gambar.
- Timun dan nanas pula boleh potong kecil ikut kemahuan anda.
- Tambahkan cuka bagi wujud rasa masam manisnya.
Rojak betik kuah ikan terengganu siap untuk dimakan! Kalau nak lagi umm, goreng keropok keping dan kuah yang tak habis tadi boleh masuk dalam freeze sebab lagi sedap weh. Sesuai untuk yang tiada selera, baru baik demam.
Baca juga: 5 Petua Elak Santan Pecah Minyak, Kuah Cantik & Tak Bergentel Bila Masak Lemak!
Sumber: Masri Awang via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: