Dapur

Bukan Sekadar Ulam, Ini 7 Khasiat Daun Betik, Point No.2 Mesti Ramai Suka!

44
SHARES
khasiat daun betik

Daun betik pucuk muda sering dijadikan sebagai ulam-ulaman yang perlu direbus terlebih dahulu. Malah, khasiat daun betik yang terkenal dalam perubatan tradisional tidak mampu dipertikaikan lagi.

Melalui portal Root of Science, selain daripada buah betik yang mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan, daunnya juga turut bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Antara komponen khasiatnya adalah alkaloid, vitamin C dan kandungan mineral. Jadi, kalau nak tahu khasiat daun betik yang lain teruskan pembacaan anda di bawah.

Baca juga: Donut Bukan Sembarangan, Ini Buah ‘Donut Peach’ Kaya Khasiat Semula Jadi!

KHASIAT DAUN BETIK

khasiat daun betik

Gambar: jeswin

1. Rawat demam denggi

Antara khasiat daun betik ialah merawat demam denggi yang sering digunakan sebagai kaedah tradisional.

Melalui petikan root of science, salah satu kajian telah menemukan bahawa pemberian air ekstrak daun betik kepada pesakit demam denggi dapat membantu untuk meningkatkan paras platelet, sel darah putih dan neutrofil di dalam badan. Di mana, tiga komponen tersebut fungsinya penting untuk sistem imunisasi tubuh badan.

2. Bantu rambut tumbuh

Khasiat daun betik yang satu ini pasti buat anda tertarik nak tahu. Di mana, ia telah digunakan secara tradisional untuk membantu dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Bukan itu sahaja, ianya turut digunakan secara topikal untuk menjaga kesihatan kulit kepala. Hal ini kerana kandungan antioksidanya dan sifat anti kulatnya dikaitkan dengan pencegahan pembentukan kelemumur.

Namun begitu, masih tiada kajian yang kukuh dijalankan untuk membuktikan hal ini.

3. Kesihatan kulit terjaga

Siapa yang tidak mahu kulit cantik. Selain daripada membantu sistem penghadaman, kandungan enzim papain di dalamnya juga mampu untuk mengangkat sel-sel kulit mati, mencegah pori tersumbat dan pembentukan rambut dan jerawat pada wajah.

4. Mengurangkan sakit senggugut

Daun betik juga digunakan secara tradisional untuk merawat kesakitan semasa haid. Ini kerana daun betik dikatakan mampu untuk mengawal keseimbangan hormon dan melancarkan kitaran haid.

Baca juga: Ramai Tak Tahu 5 ‘Wow Factor’ Tembikai Susu, Khasiatnya Anda Pasti Terkejut!

5. Sifat anti tumor

Khasiat daun betik yang seterusnya adalah bersifat anti tumor. Ia dikatakan mempunyai sifat anti kanser dan banyak digunakan dalam masyarakat Australia untuk tujuan pencegahan kanser.

Malah, kajian mendapati bahawa ekstrak daun betik mampu untuk menyekat aktiviti sel tumor sekaligus mencegah pembentukkan tumor.

6. Kawal paras gula

Selain itu, khasiat daun betik yang lain adalah mengawal paras gula terutama buat pesakit diabetes. Daun buah betik dikatakan mempunyai potensi untuk mengawal paras gula di dalam darah dan digunakan secara tradisional untuk merawat masalah ini.

Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan menemui, pemberian ekstrak daun betik paras gula di dalam haiwan yang mempunyai diabetes.

7. Bantu pencernaan

Enzim papain dan chymonpapain merupakan salah satu enzim bermanfaat yang ada pada pokok betik. Kedua-dua enzim ini dikatakan dapat membantu pencernaan dan mencegah sembelit. Kandungan komponen yang bersifat anti-inflamasi juga dapat mencegah keradangan sistem penghadaman.

Kesimpulan

Para pembaca, biarpun terdapat banyak kebaikan daun betik yang disenaraikan, namun kebanyakkan kajian yang dijalankan adalah terhadap model haiwan dan bukannya terhadap manusia.

Justeru itu, anda dinasihatkan untuk merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakan daun betik sebagai kaedah rawatan kerana dikhuatiri mampu untuk menjejaskan kesihatan anda.

Baca juga: Rupanya Ada Banyak Kesan Kurang Ambil Gula Selama 14 Hari, Anda Mesti Tak Sangka!

Sumber: Root of Science

FT Image: khanet janngam / the diagnosa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×