Dapur

Rupanya Ramai Tak Tahu Buah Pokok Bunga Kantan Boleh Dimakan & Berkhasiat!

861
SHARES
buah kantan

“Ehh buah kantan boleh dimakan? Saya selalu buang je. Tapi bunga kantan tahulah yang selalu buat masak asam pedas tu.”

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, buah kantan daripada pokok bunga kantan boleh dimakan. Buah kantan ini dikenali sebagai buah kecala dengan rasanya yang sangat masam.

Melalui perkongisan Suez Tiez, buah kantan ini sedap dicecah bersama sambal belacan selain turut beri manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Ada lagi info menarik mengenai buah ini, nak tahu tak dengan lebih lanjut? Mari ikuti perkongsian ini.

Baca juga: Resepi Meatball & Sos Ala IKEA Original, 95% Hampir Sama!

BUAH KANTAN (BUAH KECALA) BOLEH DI MAKAN DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN

buah kantan

Cicah ulam buat sambal belacan lawan nasi panas-panas fuhhh. Bagi pencinta atau pengemar rasa masam-masam. Buah ini bukan manis ya. Anda gigit begitu sahaja berkerut seribu muka jap lagi hahaha.

Sesungguhnya selama hidup ni, kita tak akan pernah berhenti mendapat ilmu baru jika kita mencarinya.

Dulu masa kecil-kecil tahun 90-an dulu, saya suka bermain di hutan belakang rumah dan semak-semak tepi rumah. Selalu jumpa buah segugus bewarna merah tanpa tahu nama pokoknya.

Saya suka petik dan makan bersama-sama rakan sepermainan dulu. Main pondok-pondok dan cicah buah ini dengan sambal belacan (garam + belacan + cili padi – tak perlu limau dah sebab buah ni dah masam).

buah kantan

Gambar hiasan: Anne Elliott – Flickr.

Sebenarnya saya terlupa bentuk pokoknya, memori ini lebih ingat bentuk buahnya yang cantik dan sedap masam-masam manis tu. Punya lah selama ini saya tertanya-tanya apakah jenis pokok yang menghasilkan buah kesukaan saya masa kecil dulu ni.

Sampai lah hari ini, terlihat balik buah ini dalam posting seorang rakan saya lalu saya bertanya nama buah ini. Katanya buah kecala. Lalu saya Google baru lah tahu buah kecala ni buah dari pokok kantan rupanya.

Punya la semangat nak minta benih dari sesiapa yang ada pokok rare ni rupa-rupanya dia pokok bunga kantan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu buah bunga kantan ini boleh dimakan, sebab biasanya orang ambil bunga kantan untuk masak dan jarang orang biar berbuah.

Baca juga: Petua Cempedak Goreng Cara Orang Kampung, Garing Tak Minyak & Laku Keras!

BANYAK DIJUAL SEKITAR PASAR SABAH & SARAWAK!

buah kantan

Rupa buah bunga kantan selepas di kupas dan di buat sambal belacan – Bumi Iban.

Tapi kalau di Sabah dan Sarawak tempat saya, memang banyak buah ini di jual di pasar-pasar. Selama ini saya ingat buah dekat hutan sebab dulu saya ambil pun di hutan dan semak-semak sahaja. Aduhai~

Bagi yang tak tahu antara khasiat buah bunga kantan ini selain sedap buat ulam, ia dikatakan boleh merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Siapa ada tanam pokok bunga kantan ini? Untung la…

TELATAH NETIZEN APABILA BARU TAHU MENGENAI BUAH KANTAN…

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya netizen tidak mengetahui mengenai kewujudan buah kantan selain, ianya boleh dimakan.

MALAH, ADA JUGA YANG BERKONGSI PELBAGAI CARA UNTUK MENIKMATINYA!

Baca juga: Wah, Tak Sangka Daun Pandan Ada 21 Khasiat Ini, Patut Orang Tua-Tua Suka!

PENGAMAL TRADISIONAL GUNAKAN AIR REBUSAN BUAH KANTAN MERAWAT PENYAKIT!

Menerusi penulisan Fazlisyam pula, buah kantan akan berbuah apabila bunga kantan dibiarkan tidak berpetik.

Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan buah kantan jika hendak dibandingkan dengan bunga kantan. Jika bunga kantan tidak dipetik atau diambil, maka bunga kantan akan menghasilkan buah.

Mungkin ada sebahagiannya juga pernah lihat pokok kantan mengeluarkan buah tetapi tidak mengetahui, buahnya juga boleh dimakan. Rasanya yang sedikit masam mungkin kurang diminati oleh sesetengah orang.

Di Sabah dan Sarawak, buah kantan bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan masyarakat di sana kerana ramai peniaga yang menjual buah kantan di pasar-pasar tamu dengan harga yang murah.

Menurut peniaga yang saya temui di sana. Mereka jadikan buah kantan sebagai ulam di makan bersama nasi panas. Menurut pengamal perubatan tradisional, buah kantan juga boleh di rebus dan dijadikan sebagai minuman bagi mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Banyak juga ya cara nak makan buah kantan ni, sedap juga buat pengganti asam keping kalau dah habis. Rasanya yang sangat masam tu pastinya akan membuka selera. Jadi, selamat mencuba jadikan buah ini sebagai bahan masakan atau makanan pencicah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Ramai Tahu Petua Daun Durian Belanda Rupanya Ada 7 Khasiat, Patut Orang Lama Suka Guna!

Sumber: Facebook Suez Tiez via Kebun Bandar:Jom Tanam SendiriFazlisyam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×