Deko & Hias

“Geramnya! Cepat Betul Rumput Ni Panjang.”- Ini 7 Panduan Guna Mesin Rumput Bila Potong Sendiri!

37
SHARES
tips potong rumput

Sudah menjadi kebiasaan buat individu yang mempunyai laman di luar rumah, berdepan dengan situasi rumput panjang. Maka, apa salahnya untuk anda mengetahui tips potong rumput sekiranya ingin melakukannya sendiri dengan menggunakan mesin rumput.

Bagi mengelak ia bagai cendawan tumbuh selepas hujan, saudara Airiel Ibnu Sufian ada berkongsi panduan menggunakan mesin rumput sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakannya. Kebun yang sudah jadi belukar pun boleh ikuti panduan di bawah ini.

Baca juga: Ini Tips Nak Jaga Kuali Baru Beli, Elak Makanan Melekat & Tak Berkarat!

7 PANDUAN MENGGUNAKAN MESIN RUMPUT

tips potong rumput

Gambar hiasan: Google.

Aku percaya dalam group ini ramai yang geram tengok rumput laman sendiri. Nak potong sendiri tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu.

Ini aku nak kongsi beberapa tips yang boleh korang guna masa potong rumput atau menebas guna mesin rumput.

TIPS POTONG RUMPUT SENDIRI MENGGUNAKAN MESIN

1. BILA NAK GUNA TALI / NYLON?

  • Nak potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali/nylon sahaja.
  • Kalau dalam satu kawasan itu hanya ada rumput atau tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, lebih baik pakai mata pisau.
  • Tali/Nylon ini pun banyak jenis, pilih lah ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain efek dia macam mana bila guna lain-lain jenis tali.

2. KELEBIHAN PAKAI TALI

Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding atau pangkal pokok atau permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (kalau permukaan lembut rosak juga – jadi, hati-hati).

3. BILA NAK GUNA MATA PISAU?

Semak samun macam dalam gambar bawah ini, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pula boleh dipelbagaikan mengikut keperluan.

tips potong rumput

Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari aku ambil masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar.

4. MATA PISAU BIASA – TAK LEBAR

Ini khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 sahaja. Mudah bengkok.

So, kalau semak yang hardcore, anggap sahaja lah mata tu pakai buang je sebab lepas selesai buat kerja confirm bengkok atau sumbing dah pisau tu.

5. MATA PISAU TEBAL + LEBAR

Ini untuk semak level atas sikit dari No 4, semak berkayu atas paras peha. Saiz kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu tu, dia potong macam kemuncup je. Tak ada hal.

Tapi hati-hati kalau bilah dia dah bengkok atau sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ini aku cerita atas pengalaman, betis aku dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.

6. MATA 3 (BENTUNG BINTANG 3 MATA)

Ini otai segala pisau. Siapa lu mahu langgar? Lu kasi tahu. Ini mata tak ada kasi can punya!

7. MATA BULAT (MACAM CIRCULAR SAW PUNYA MATA)

Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, yes sesuai. Tapi be extra careful sebab kalau tak pegang kuat rod mesin tu, boleh terhayun rod tu bila mata dia lekat. Boleh membuatkan situasi tu extremely bahaya especially kalau ada orang lain sekeliling.

Inilah dulu sedikit sebanyak tips yang dapat aku kongsikan. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang.

Sumber: Facebook Airiel Ibnu Sufian via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×