Setiap kejadian yang dicipta oleh Maha Pencipta pastinya ada manfaat sama ada ianya tersurat mahupun tersirat. Di mana, kadang-kadang manusia tidak nampak jika tidak mahu ambil tahu seperti kewujudan rumput ini. Siapa tahu rupanya, terdapat banyak khasiat rumput sambau untuk merawat penyakit.
Seperti mana, perkongsian saudara Abi Chai mengenai rumput sambau ini. Buat mereka yang mempunyai halaman rumah yang luas, sudah tentu akan dibentangi dengan hamparan rumput yang banyak dan akan ditebas rumput-rumput ‘degil’ ini. Mungkin ia tidak akan ditebas lagi, setelah tahu rahsia alam ini.
Baca juga: DIY Lantai Pasang Vinyl Guna Sticker RM2 Kedai Eco Stail Herringbone, Cantik!
KHASIAT RUMPUT SAMBAU YANG ‘DEGIL’, RAHSIA ALAM YANG TERSEMBUNYI
Namanya rumput sambau. Biasanya orang akan racun atau tebas buang sahaja.
Sebenar kalau tak tahu kegunaan serta khasiat memanglah nampak tak berfaedah dan tak bermanfaat rumput ini. Disebabkan itu, kena tahu dan paham bukan terletak dekat sijil dan seberapa jauh jarak tempat belajar dengan rumah.
Alamak melalut pulak saya ya, tidaklah. Cuma nak bagi semangat supaya cintai ilmu warisan kita.
KHASIAT RUMPUT SAMBAU YANG PELBAGAI
1. AKAR
Air rebusannya diminum dapat mengecutkan perut dan usus.
- Merawat cirit birit
- Merawat deman panas
- Penyakit hati
- Meranggang pengeluaran peluh
2. DAUN
Cecair yang diperah dari daunnya kemudian ditelan mentah oleh ibu-ibu yang baru melahirkan dapat memudahkan keluar uri dan merawat masalah usus serta mengelakkan kecacingan.
3. SELURUH BAHAGIAN
Air rebusannya jika dimimum mampu merawat…
- Pundi kencing
- Melawaskan kencing
- Merawat artritis
- Badan panas
- Bengkak telor
- Cirit
- Deman kuning
- Penyakit hati
- Radang paru paru
- Radang pundi kencing
- Merawat gigi dan gusi
BERKHASIAT BUAT RAMBUT JUGA…
Air rebusannya jika dicampur dengan akar sintuk dapat digunakan untuk mencuci rambut, merawat kelemumur, mengurangkan rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut.
KEGUNAAN LAIN!
- Batang yang matang dan tua dianyam sebagai bakul atau apa apa alat perhiasan dan ritual.
- Bijinya sebagai makanan ayam itik dan burung.
- Akarnya diguna sebagai alat merenjis bertepung tawar untuk mengubati beberapa jenis penyakit.
Dah la tu, sikit sikit. Mengantuk nak tulis banyak-banyak. Kalau menulis pun mengantuk, membaca lagi lah mengantuk.
Menjengah di ruangan komen, setelah netizen mengetahui khasiat rumput ini maka terjawablah persoalan mereka, mengapa kucing suka mengunyah rumput sambau selepas beranak. Kucing awal-awal lagi dah tahu, kita saja yang lalai~
Malah, ada juga netizen yang mengadu kesukaran untuk menebas tumbuhan ini oleh kerana fizikalnya yang liat.
Terdapat juga netizen yang sudah mengetahui manfaat rumput ini dan berkongsi juga kebaikannya yang lain.
Sungguh besar ciptaan-Nya. Semoga bermanfaat kepada semua.
Sumber: Facebook Abi Chai