Asuh

Ada Dua Pusar Di Kepala, Anak Degil & Suami Akan Bermadu? Rupanya Mitos Belaka!

25
SHARES

Macam-macam cerita mitos yang kita pernah dengar dari orang tua dulu kala, termasuklah tentang dua pusaran di kepala. Kononnya, anak akan menjadi nakal dan degil. Kononnya suami akan bermadu. Kononnya jodoh dengan isteri tidak panjang.

Melalui perkongsian dari Momo House, itu semuanya mitos belaka. Gurauan orang dulu-dulu tentang bilangan pusar di kepala, terbawa-bawa hingga ke zaman sekarang. Justeru itu, anda kena tahu beberapa info mengenai pusaran di kepala supaya anda dapat mempertimbangkan kesahihannya.

Baca juga: Nak Si Kecil Pandai Guna Perkataan Di Tempat Yang Betul? Guna Tips Ini!

ADA DUA PUSAR DI KEPALA, RUPANYA MITOS BELAKA!

Anak ada 2 pusar?? Nakal anak kau ni. Keras kepala.

MITOS! SEBENARNYA…

Mitossss… yang sebetulnya.

1. Pusar rambut tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan ditengah-tengahnya.

2. Pusar ni terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu, di atas badan & di kepala sejak kita dalam kandungan ibu lagi.

3. Anak mempunyai pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan TIADA ada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anak nakal, keras kepala, baik, bijak dan lain-lain.

4. Bilangan pusar di kepala lebih sukar kelihatan pada wanita yang rambut panjang atau kerinting.

JIKA MEMILIKI 2 ATAU LEBIH PUSAR DI KEPALA…

Gambar hiasan: OhBulan.

Oleh itu doktor nasihatkan:

1. ANAK TIDAK AKAN JADI DEGIL

Jika anak memiliki 2 pusar di kepala, JANGAN lah anda risau, mereka tak akan jadi degil dan tak dengar cakap anda kelak. Hihihi.

2. SUAMI TIDAK AKAN BERMADU

Jika suami memiliki 2, 3, atau 4 pusar di kepala, jangan lah puan risau, mereka tak akan BERMADU 2,3 atau 4. Hihihi.

Tu mungkin jodoh, hidung belang, miang keladi, buaya darat atau rezeki atau jodoh dia. Hihihi. Tau tak anda orang yang ada satu je pusar pun. Tapi bini 2,3 atau 4. Macam mana?

3. TIADA KAITAN JODOH BERSAMA ISTERI TIDAK PANJANG

Jika isteri ada 2 pusar di kepala. Hihihi mungkin jodoh tak panjang. Cerai talak atau cerai mati. Hihihi kalau camni, suaminya umur pendek lah. Hihihi. Lagi karut marut nu. Tak masuk akal langsung.

4. TIADA KAITAN DENGAN MASALAH BOTAK KEPALA

Jika TIADA pusar. BOTAK lah tu. Hihihi

Semuanya mitos belaka. Gurauan orang dulu-dulu dengan bilangan pusar di kepala, terbawa-bawa ke zaman kita. Yang penting didik anak jadi baik, bijak & terbaik jadi anak beriman dan berjaya. Aamiin…

“SAYA ADA DUA PUSAR & BERCERAI TETAPI BUKAN KERANA ITU TAPI CARA DIDIKAN…”

Menerusi ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mencuit hati.

Terdapat beberapa pengikut, menceritakan pusar di kepala anak-anaknya ada banyak tetapi masih lagi mendengar kata tidak sama seperti yang didengari.

Malah, ada juga pengikut wanita yang meluahkan rasa walaupun dia mempunyai dua pusar di kepala dan berlaku juga penceraian tetapi ianya disebabkan sikap bekas suami yang tiada rasa tanggungjawab.

Ia berbalik kepada cara didikan dan asuhan daripada kecil sebenarnya untuk menjadi manusia yang baik dan bertanggungjawab bukan pusar di kepala.

Sumber: Momo House

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×