“Sebelum anak dapat guna perkataan di tempat yang betul, anak perlulah mempunyai pengalaman pendedahan bahasa yang cukup.”
Satu ungkapan daripada perkongsian Puan Wan Nur Syakira yang ingin membantu ibu bapa di luar sana dalam meransang kemahiran bercakap bayi. Anda boleh cuba tips dan ilmu yang sedang beliau praktikkan ini untuk kemajuan dalam perkembangan anak bersama-sama.
Baca juga: Rupanya Kanak-Kanak Normal Pun Boleh Ada Ciri Autism, Perhatikan Anak!
TIPS MERANSANG KEMAHIRAN BERCAKAP BAYI!
AKTIVITI RANSANGAN BERCAKAP YANG SAYA BUAT UNTUK BAYI 7 BULAN
Anak saya ketiga, umur 7 bulan. Saya tengah fokus betul-betul untuk ransang kemahiran bercakap dia. Semua tips dan ilmu saya cuba praktikkan semampunya.
- Saya selalu read aloud dengan dia. Buku yang jenis satu muka surat, satu gambar. Sesuai untuk umurnya.
- Selalu buat bunyian haiwan untuk dia. Contohnya, bunyi kucing apa adik? “Miaw, miaw”. Bunyi burung, ayam, itik.
- Selalu letak dia depan cermin dan main bersama untuk improve eye contact.
- Ajar gesture seperti tepuk tangan, bye, hye, nak, angguk, geleng, takda.
- Bercakap je dengan dia, apa yang saya buat, keadaan sekeliling, tapi bukan bahasa bayi.
- Selalu saya jatuhkan mainan (binaan blok), dan saya buat mimik muka excited, “wow jatuh!”
KENAPA PERLU BUAT SEMUA INI HARI-HARI?
At least anak kena faham dalam 50 words untuk membolehkan anak keluarkan first word secara verbal.
Sebelum anak dapat guna perkataan di tempat yang betul, anak perlulah mempunyai pengalaman pendedahan bahasa yang cukup.
BERLAKUNYA ‘RECEPTIVE LANGUAGE’
Ini yang dipanggil, Receptive language. Anak dengar, terima dan simpan perkataan yang dia dengar serta faham penggunaan tersebut.
Barulah expressive language akan terjadi. Kalau tiada ransangan dan pendedahan, maka anak takkan mampu tiru dan sebut.
LAKUKAN AKTIVITI RANSANGAN SENSORI DENGAN BAYI
Selain itu, saya cuba buat aktiviti ransangan sensori yang cukup kepada bayi saya.
- Berikan anak saya ruang untuk messy play (selalunya ketika makan, sebab selamat kalau masuk mulut) untuk ransangan sentuhan.
- Buat aktiviti dan exercise yang sesuai atas gymball untuk ransangan proprioceptive.
- Banyakkan floor time untuk ransangan motor kasar.
- Berikan anak sentuh pasir, letakkan kaki anak di pelbagai permukaan dan tekstur.
- Berikan water play.
- Berikan mainan yang berwarna warni untuk ransangan visual.
Sebab ransangan sensori sangat penting untuk anak kuasai kemahiran kompleks macam bercakap. Perkembangan sensori pula berkembang pesat 2 tahun pertama anak.
Jadi, 2 tahun pertama bukan masa untuk disia-siakan berlalu begitu sahaja. Ada kanak-kanak yang ada masalah speech delay sebab masalah pemprosesan sensori.
Kita ikhtiar awal-awal, supaya bayi kita terhindar dari semua itu dengan ransangan dari kecil.
Alhamdulillah, saya syukur jumpa team terapis berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak. Saya cuba praktikkan tips yang dikongsikan dalam buku tulisan mereka.
Sumber: Facebook Wan Nur Syakira