Cantik

Tips Guna Daun Kari Melambatkan Rambut Dari Beruban, Anda Patut Cuba!

38
SHARES

Daun kari selalunya kita letak dalam masakan saja. Baunya sangat sedap dan harum. Letakkan daun ini dalam kari kepala ikan memang buat kita menambah nasi, sedap tak ingat dunia.

Tapi tahukah anda, selain dijadikan bahan masakan, daun kari juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang beruban. Ianya dikatakan dapat memulihkan pigmen melanin di folikel rambut dan membantu mengembalikan warna rambut.

Kaya dengan khasiat vitamin B yang dapat membantu merangsang tumbuhan rambut dan vitamin pigmentasi. Rambut akan jadi lambat memutih.

Baca juga: 5 Petua Cantik ‘Bajet’ Hanya Dengan Buah Lemon

DAUN KARI MELAMBATKAN RAMBUT DARIPADA MEMUTIH!

Caranya pun mudah nak buat di rumah. Jom cuba perkongsian daripada Suzy Honey.

“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga ?Rambut pun tak makan usia ya?” saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55 tahun yang saya panggil Cik Pah.

Kami saling mengenali sudah lama. Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit. Cik Pah menjaga suami dan terpaksa ulang alik ke hospital.

Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya.

Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.

Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resepi ini.

Bahan-bahan:

– 3 tangkai daun kari. Ambik daun sahaja

– 3 sudu besar plain yogurt.

Cara-cara:

1. Blenderkan keduanya sampai sebati.

2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.

3. Biarkan selama 30minit.

4. Barulah di bilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

5. Amalkan seminggu 1 kali.

Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

Wah…saya memang peminat kari pun.

Sumber: Facebook Suzy Honey

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×