Cantik

5 Petua Cantik ‘Bajet’ Hanya Dengan Buah Lemon

78
SHARES

Kecantikan diri merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh manusia, terutama golongan wanita. Apabila kita rajin memanjakan badan dengan rutin penjagaan diri, barulah badan kelihatan sihat, cantik dan kulit tidak kusam.

Namun, nak sentiasa kekalkan momentum buat rutin penjagaan diri itu kadang-kala terpaksa berhenti kerana tidak mampu nak beli produk-produk yang ada di pasaran. Sudah pasti kita akan dahulukan duit untuk membayar perkara yang lebih berkepentingan seperti bil api, air dan sebagainya.

Baca juga: Tips Susun Atur Stesen Buat Air Lebih Kemas, Barulah Macam Kafe!

5 PETUA CANTIK ‘BAJET’ HANYA DENGAN BUAH LEMON

Oleh itu, mari ikuti hasil perkongsian daripada laman muka buku Oh My Cantik mengenai petua kecantikan, hanya dengan menggunakan buah lemon.

Sebenarnya nak cantik mudah saja. Hanya gunakan barang yang ada di dapur saja. Bagi yang berduit boleh saja pergi ke spa kan tapi yang tak berkemampuan juga perlu jaga kecantikkan dan harganya jauh lagi murah dari pergi spa.

Min kongsikan beberapa tip yang boleh di amalkan untuk menjaga kecantikkan.

1. CANTIKKAN KUKU

Sapukan jus lemon pada kuku dan biarkan kering. Kemudian bilas dan keringkan tangan.

2. BUANG KULIT MATI

Lemon yang sudah digunakan, digosokkan pada wajah, leher, siku dan lutut.

3. HILANGKAN BINTIK HITAM

Cuci wajah dengan air yang dicampur dengan perahan lemon.

4. TURUNKAN BERAT

Minum segelas lemon yang dicampurkan dengan madu.

5. RAWAT RAMBUT

Ratakan jus lemon ke atas kepala dan urutkan lalu bilas bersih.

Tips petua kecantikan telah pun dikongsikan. Mudah bukan? tidak perlu banyak bahan dan sangat menjimatkan kos. Jadi, selamat mencuba!

Sumber: Facebook Oh My Cantik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×