Dapur

Petua Hilangkan Bau Badan & Cairkan Lemak Perut, Kena Minum Air Ini Rupanya!

117
SHARES
petua menghilangkan bau badan

Terdapat pelbagai petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu dalam penjagaan kesihatan badan mereka. Ini termasuklah petua menghilangkan bau badan dan mencairkan lemak perut.

Sebagaimana yang sering dikongsikan oleh Puan Mastura Rashid tentang penggunaan madu, namun kali ini adalah campuran madu bersama limau kasturi sebagai minuman untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jom cuba amalkan!

Baca juga: Resepi Nasi Jagung Makan 360 Pax, Sesuai Kenduri Kecil & Tips Masak Tiada Kerak Nasi

PETUA MENGHILANGKAN BAU BADAN & CAIRKAN LEMAK PERUT

petua menghilangkan bau badan

Gambar hiasan: Hello Sehat.

Saya sambung lagi petua madu ya.

Petua hari ini untuk cairkan lemak perut dan hilangkan bau badan.

Ada banyak cara kita boleh amalkan untuk kurangkan bau hamis peluh di badan. Antara cara paling efektif adalah gosok ketiak dengan limau purut dan daun sireh waktu mandi.

Tapi sekarang ni bukan senang nak dapat limau purut, kecuali kita memang duduk di kampung kan.

Jadi antara cara efektif nak hilangkan bau hamis peluh adalah dengan amalkan je minum air limau kasturi bersama madu setiap pagi.

RESEPI AIR LIMAU KASTURI BERSAMA MADU!

petua menghilangkan bau badan

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji limau kasturi.
  • 2 sudu besar madu asli.
  • 1 cawan air suam panas.

CARA-CARANYA:

1. Campurkan madu ke dalam air. Perah limau kasturi.

2. Kacau hingga sebati dan minum setiap pagi ketika perut masih kosong.

AMALAN MEMINUM AIR INI BERI PELBAGAI MANFAAT KEPADA TUBUH BADAN

petua menghilangkan bau badan

Gambar hiasan: Hello Doktor.

Kalau ada gastrik, bolehlah alas dulu perut dengan sarapan ringan. Biasanya air ni saya tak tinggalkan sisa pun sebab dengan limau tu sekali saya kunyah sampai licin. 

Oh ya, amalan minum air limau kasturi madu ni juga boleh kecilkan saiz perut yang besar tau. Jadi perut takdelah bergoyang sana sini teruk sangat waktu berjalan.

Petua ni dikongsikan oleh seorang uncle India beberapa tahun lepas. Ramah betul dia, siap macam-macam petua dia kongsikan. 

Saya memang amalkan air ni setiap pagi. Serius, perut rasa selesa, ringan dan mudah je nak ke toilet.

Mak-mak dalam pantang, kalau ada masalah setiap kali ke toilet untuk membuang tu ibarat dipaksa masuk ke medan perang, air ni bagus sangat diamalkan tau.

Elakkan sembelit, dalam masa yang sama mempercepatkan luka bersalin, sebab air ni tinggi vitamin C.

Sumber: Facebook Mastura Rashid via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×