Dapur

Resepi Nasi Jagung Makan 360 Pax, Sesuai Kenduri Kecil & Tips Masak Tiada Kerak Nasi

11
SHARES

Disarankan kalau anda bakal membuat majlis kecil lebih kurang 300 orang hadirin, apa kata anda masukkan nasi jagung sebagai menu utama dan masak sendiri bersama keluarga.

Malah, anda tak perlu khuatir juga sekiranya tidak mahu ada kerak nasi kerana terdapat tips bagaimanana untuk mengelakkannya. Selain itu, dapat bantu kurangkan kos majlis. Jom cuba resepi di bawah!

Baca juga: Resepi Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Bilis, Original Nogori!

RESEPI SESUAI UNTUK KENDURI KECIL & TIPS MASAK TIADA KERAK!

Resepi Nasi Jagung Style Papa.

Ini Papa bagi untuk masak kuantiti yang banyak. Beras 20kg ni boleh makan 360pax. Masak dengan dapur gas 4 lingkaran.

RESEPI NASI JAGUNG 360 PAX STYLE PAPA!

BAHAN-BAHAN:

  • Beras Basmati Jasmine Pusa Cream 20kg (rendam beras 20 minit dan toskan).
  • Bawang besar 4 biji – Potong mayang.
  • Bawang putih 2 labu – Potong mayang.
  • Halia 300 gram – Potong batang mancis.
  • 4 sekawan.
  • Daun pandan 5 helai.
  • Bay Leaf 5 helai (daun salam).

Sukat beras dulu, kalau beras 1 baldi, air 1 baldi = 1:1

  • Jagung biji 3kg ( beli yang frozen).
  • Susu cair 6 tin.
  • Pewarna kuning perisa jagung.
  • Garam.
  • Gula.
  • Sebuk perasa.
  • Minyak sapi 1kg.
  • Minyak masak 2kg (kalau nak kurangkan sikit pun boleh).

 

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Gambar: Dapur gas 4 lingkaran.

1. Panaskan periuk size 65cm dan masukkan minyak sapi campur dengan minyak masak.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan 4 sekawan.

3. Masukkan daun pandan, Bay leaf dan masukkan air yang telah disukat.

4. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa.

5. Masak hingga air mendidih dan masukkan jagung.

6. Masukkan susu cair.

7. Kemudian masukkan pewarna kuning ikut suka.

8. Masukkan beras yang telah ditos tadi.

9. Kacau hingga nasi hampir-hampir kering.

Gambar: Periuk yang tiada kerak nasi jika pandai mengawal api ketika masak nasi jagung.

10. Tutupkan kesemua api bahagian tengah dan tinggalkan api bahagian tepi dan kecilkan sebaik mungkin.

11. Tutup periuk nasi dan tindih dengan pemberat diatas tudung.

12. Set jam, biarkan selama 20 ke 25 minit baru buka tudung periuk.

Siap nasi pun dah masak.

Kalau pandai control api kerak pun tak ada sangat. Tu contoh pic ke-3 yang Papa masak semalam.

#ChefPapa

Sumber: Facebook Nazri Mat Zain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×