Dapur

Resepi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Tak Toleh Kiri Kanan!

42
SHARES

Kali ini, penulis ingin bawakan resepi mudah yang tidak akan mengambil masa anda lebih daripada 10 minit. Kebiasaannya, hidangan berat akan mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Terutama makanan yang menggunakan santan seperti masak lemak.

Justeru itu, apa kata anda cuba resepi sambal tumbuk cili hijau. Baca pun dah mengiurkan inikan pula merasainya. Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah nanti. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sabariah Sisa. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Magik, Jadi Kuning Keemasan!

SAMBAL TUMBUK CILI HIJAU, TAK MENYENGAT TAPI HANGAT SEDAPNYA!

Sambal tumbuk cili hijau yang simple saja tapi sedap!

RESEPI SAMBAL TUMBUK CILI HIJAU!

BAHAN A (UTAMA):

  • Cili hijau

BAHAN B (REMPAH):

  • Ikan bilis.
  • Bawang merah dan bawang putih.
  • Belacan.
  • Bawang besar dihiris.

PENYEDIAAN BAHAN A:

1. Bersihkan dulu cili hijau.

2. Potong macam ini supaya senang nak tumbuk nanti.

PENYEDIAAN BAHAN B:

1. Tumbuk semua bahan kecuali bawang besar.

2. Masa menumbuk tu boleh letak perasa, gula, garam.

3. Tumbuk lagi. Dah rupa macam ni kira ok dah. Jangan hancur sangat.

GABUNGKAN BAHAN A & B:

1. Kemudian masukkan cili hijau yang dipotong tadi. Letak sikit-sikit supaya senang nak tumbuk.

2. Tumbuk sampai cili hijau tu habis.

Inilah rupa bila cili hijau dah siap ditumbuk. Tinggal nak tumis saja lagi.

TUMIS!

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.

2. Bila bawang dah kekuningan, masukkan semua cili hijau yang ditumbuk tadi.

3. Gaul-gaul sampai masak. Kalau nak tambah perasa boleh, ikut citarasa masing-masing.

Tadaaa, siap dah! Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sabariah Sisa via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×