Dapur

Resepi Laksa Nyonya, Unik & Berbeza Dari Laksa Biasa Pernah Dinikmati

498
SHARES
laksa nyonya

Terdapat kemungkinan bahawa anda jarang mendengar atau tidak pernah menikmati hidangan laksa nyonya yang jauh rasanya seperti laksa yang pernah dinikmati. Laksa nyonya kebiasaannya ditemui di sekitar negeri Melaka dan bahan utamanya adalah menggunakan santan.

Uniknya laksa ini, kuahnya nampak seakan seperti hidangan mi kari. Jom cuba buat hidangan laksa nyonya yang dikongsikan oleh saudara Nazri Mat Zain di bawah.

Baca juga: Resepi Serunding Halia, Bukan Je Sedap Tapi Sihat Juga!

LAKSA NYONYA YANG UNIK & BERBEZA!

Gambar hiasan: TheKitchn.

Syukur Alhamdulillah. Dah siap tempahan laksa nyonya.

Papa buat lebih hari ini sebab nak bagi dekat ward Mama untuk shift petang pulak. Semalam bihun goreng tom yam Papa bagi untuk shift pagi.

Biarlah sama-sama merasa rezeki Allah.

RESEPI LAKSA NYONYA

BAHAN A:

  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili kering 10 tangkai
  • Cili besar merah 6 biji
  • Belacan besar ibu jari
  • Lengkuas 1/2 inci
  • Halia 1/2 inci
  • Kunyit hidup 4 biji
  • Buah keras 4 @ 5 biji

*Kisar semua bahan A di atas.

BAHAN B:

  • 1 kg santan
  • 2 batang serai
  • 2 batang bunga kantan
  • 50 sen daun kesum
  • Fish ball
  • Tauhu fook
  • Sekeping asam gelugur
  • Garam, ajinamoto & secukup rasa
  • Mee kuning / bihun

BAHAN TABURAN LAKSA:

  • Daun salad
  • Bawang besar
  • Timun
  • Cili api potong
  • Telur Rebus

CARA-CARANYA:

1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan A yang dikisar tadi (minyak jangan terlampau banyak ye).

2. Semasa tumis tu masukkan 2 batang serai yang telah diketuk dan masukkan 2 kuntum bunga kantan yang telah dibelah 4
serta daun kesum dalam 50 sen.

3. Setelah pecah minyak masukkan 1kg santan dan air.

4. Kepekatan kuah ikut cita rasa sendiri dan masukkan fish ball, tauhu fook (tauhu yang selalu orang buat bergedil tu) dan sekeping asam gelugur.

#Tauhu fook dan fish ball tu agak-agak lah ye. Ini sebab Papa buat dalam kuantiti yang banyak.

5. Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.

6. Dah didih tutup api siap dihidangkan. Kuah ni boleh makan dalam 8 – 10 orang.

7. Terpulang sama ada nak guna mee kuning atau bihun yang dicelur.

8. Bahan tabur macam laksa biasa:

  • Daun salad
  • Bawang besar
  • Timun
  • Cili api potong
  • Telur Rebus

Selamat mencuba. #ChefPapa

TIPS-TIPS LAIN YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK HIDANGAN LAKSA NYONYA!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata masih ramai lagi yang tidak pernah menikmati atau pertama kali mendengar mengenai hidangan ini. Kelihatan juga mereka begitu teruja untuk mencubanya. Memang sedap, rugi kalau anda tak cuba!

Terdapat juga beberapa persoalan yang ditimbulkan mengenai bahan-bahan dan cara penyediaan hidangan ini dalam kalangan warga netizen.

1. TIDAK PERLU MASUKKAN ISI IKAN, BOLEH JUGA GUNA AIR REBUSAN UDANG

2. NAK CUBA LETAK BELACAN PUN BOLEH!

3. BOLEH LETAK UDANG JUGA SEBAGAI LAUK

4. DUA-DUA JENIS MI PUN BOLEH GUNA

5. BOLEH GUNA LAKSA BERAS YANG HALUS

Sumber: Nazri Mat Zain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×