Dapur

Resepi Meatball & Sos Ala IKEA Original, 95% Hampir Sama!

81
SHARES

Sekarang ini, kalau anda mengidam nak makan meatball di IKEA tu tak perlu pergi ke sana dah. Hanya buat sendiri je di rumah. Caranya pun tidak susah, asalkan ada bahan untuk buat di dapur tu.

Guna meatball segera boleh, nak buat sendiri pun boleh seperti mana resepi yang dikongsikan oleh saudara Wan Luqman ini. Jom buat meatball IKEA bersama sosnya!

Baca juga: Resepi Ketupat Kacang Macam Orang Utara, Lain Dari Yang Lain!

RESEPI MEATBALL & SOS ALA IKEA ORIGINAL, 95% HAMPIR SAMA!

Resepi Meatball IKEA

Ingat tak dulu Ikea UK reveal resepi Swedish meatball mereka. Haaa harini kita try resepi original meatball Ikea ok. Basically resepi sos lah. Bukan buat meatball tu sebab aku pun tak rajin nak menggentel bebola tu hehe.

Tapi kander ada buat sedikit perubahan disebabkan kekangan nak dapatkan barang tu. Resepi original disertakan sekali. Hasil dia? 90-95% sama macam kat Ikea! Trust me!

BAHAN UTAMA IAITU MEATBALL YANG PELRU ADA!

Disebabkan malas, kita guna je meatball segera. Hehe ni beli kat tesco, harga lebih kurang RM9 ada 24 ketul. So far salim punya sedap lagi, tapi kalau nak sama lagi beli lah meatball Ikea punya sendiri kat market dia.

Tapi takpa, kander tepek sekali resepi original meatball Ikea punya ya.

BAHAN-BAHAN:

  • 750gm daging kisar
  • 1 ulas bawang holland*
  • 1 labu bawang putih*
  • 100gm breadcrumbs
  • 1biji telur
  • 5sb susu wholemilk
  • garam dan lada hitam

*dicincang halus

CARA-CARANYA:

1. Satukan kesemua bahan.

2. Uli sampai tiada ketulan-ketulan kasar.

3. Bentukkan ke bentuk bebola kecil.

4. Sejukkan dalam peti selama 2 jam.

5. Sedia dimasak.

Masak atas kuali.

Tiba-tiba rasa macam malas lah nak tunggu masak atas dapur, transfer bakar kat oven lah hahah.

PENYEDIAAN SOS!

BAHAN-BAHAN SOS:

  • Sedikit minyak masak.
  • 40gm Butter (pure butter).
  • 40gm tepung gandum.
  • 150ml beef stok.
  • 150ml vege stok (disebabkan takde, kander gandakan beef stock tu jadi 300ml).
  • 1sb djorn mustard.
  • 150ml double cream (disebabkan mahal, kander ganti dengan 200ml cooking cream).
  • 2sb kicap soya (kicap cair tu lah).

CARA PENYEDIAANNYA:

Panaskan sesudu minyak, kemudian cairkan butter.

Masukkan tepung. Kacau sampai dia jadi creamy texture. Jangan sampai berketul ye. 

Lepas tu masukkan beef stock. 

Masukkan djorn mustard. 

Masukkan soy sauce kicap cair. Haa kander masukkan 1sb je untuk rasa dulu. Sos kita ni dah masin tau disebabkan beef stock tu masin. jadi tambah kicap cair lagi lah masin.

Original resepi Ikea UK memang ada soy sauce, mungkin untuk bagi rasa masin atau coloring.

Disebabkan original resepi dia pun guna kicap, jadi boleh je gantikan dengan kicap manis. Orang putih takda kicap manis. Kalau diorang ada kander rasa diorang pun akan guna. Jadi kander guna kicap manis untuk coloring. 

Masukkan cooking cream. Original resepi guna double cream, tapi double cream mahal dan saiz besar, jangan membazir. Guna je whipping cream.

Tambahkan sedikit gula perang untuk bagi balance dengan rasa masin tu. Malaysian kannnn hehe.

Dah siap. Tekstur kuah memang sebijik macam kat Ikea dan rasa dia hampir sama! Kurang sebab mungkin takda vegetable stock (malas nak buat sebab banyak kerja dan tak pakai pun dalam kehidupan harian). 

Letak sesudu Raspberry jam, baru Ikea! Mash potato tu guna yang segera je sebab lebihan buat untuk order chicken chop bulan lepas. Masih banyak lagi jadi rugi tak pakai. 

TIPS LAIN!

Ini beef stock yang kander guna. Sebelum ni Malaysia memang takda syarikat yang jual beef stock, yang ada pun imported punya brand.

Kalau nak buat sendiri beef stock memang bercinta. Melainkan korang jual Western food. Mesti akan ada stock tu.

Akhirnya dah ada syarikat Malaysia yang buat beef stock segera. Keluaran Syarikat QSR (owner KFC dan pizza hut). Ni beli kat giant. Cuma ada 1 masalah, ianya masin. Kalau bancuh cair-cair baru kurang rasa masin tapi tak dapat coloring lah. Beef stock ni patutnya dark brown.

Kalau korang tak jumpa, basically boleh je ganti dengan demi glaze. Korang bancuh je demi glaze tu cair-cair. 

Tekstur macam ni yang kita nak tau. Memang macam Ikea punya. Bukan pekatkan kuah pakai tepung jagung ya. Kalau guna tepung jagung dia shining dan berlendir.

Kuah ni sebenarnya lebih gelap sikit dari dalam gambar, tapi masih kategori light brown color. Korang boleh Google meatball Ikea dan bandingkan warna dia ya. Sama. 

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×