Dapur

Selain Buat Meatball IKEA, Anda Boleh Try Buat ‘Baked Carbonara Cheese Meatball’ Ini Pula

95
SHARES

Jika sebelum ini kami ada kongsikan resepi buat meatball ala-ala IKEA, kali ini kami kongsikan pula resepi untuk masak meatball tersebut dengan cara ‘baked’. Memang sesuai untuk dihidangkan bukan sahaja buat anak-anak malah seisi keluarga, resepi baked carbonara cheese meatball ini sangat mudah untuk dibuat.

Jika anda sudah mencuba untuk buat meatball sendiri, boleh juga guna hasil meatball tersebut tetapi jika tidak, jangan risau kerana anda boleh guna apa sahaja jenis meatball dijual di pasaran. Jom kita cuba!

Artikel berkaitan: IKEA ‘Bocor’ Resepi Untuk Penggemar Meatball, Dah Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Baked Carbonara Cheese Meatball

Bahan-bahan yang diperlukan:

-Meatball

-Bawang putih dan bawang merah

-Cendawan butang dalam tin dengan kiub pati ayam tak ada dalam gambar.

-Sos carbonara Prego

CARA-CARA MASAK SIMPLE SAHAJA!

1. Tumis bawang merah dan bawang putih.

2. Masukkan meatball, cendawan butang, brokolli (lagi sedap pakai capsicum tapi tak ada), goreng sampai meatball garing.

3. Masukkan dalam tray.

4. Untuk sos dia masukkan sos carbonara prego 1 tin, susu kotak 1 cawan, kiub pati ayam setengah ketui & lada hitam. Masak sampai mendidih.

5. Tuang sos atas meatball tadi.

6. Susun cheese atas dia. Lagi sedap pakai mozarella tapi stok tak ada guna cheddar cheese ja.

7. Bakar dalam oven selama 20 minit suhu 170 darjah celcius. Wallah!

Dah siap!

Sumber: Farhana Adzwa Nazri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×