Asuh

Pergi IKEA Asyik Beli Meatball Je? Apa Kata Beli Mainan Anak Pula, Bantu Perkembangan Si Kecil!

512
SHARES
meatball ikea

“Dah datang IKEA asyik fikir meatball IKEA je, apa kata beli toys anak-anak pula. Tapi barang mainan yang macam mana ye sesuai? “

Mungkin ramai dalam kalangan ibubapa yang masih tidak peka atau tidak tahu tentang cara pemilihan barang mainan untuk si manja. Mainan bukan sekadar mainan tau kerana setiap barang yang dibeli untuk anak-anak perlulah ada manfaatnya. Jadi, jom baca perkongsian dari pakar terapi kanak-kanak ini tentang cara memilih barang mainan dari IKEA untuk panduan anda.

ASYIK BELI MEATBALL IKEA JE, JOM PILIH MAINAN ANAK PULA

Post ini untuk mak ayah yang tertanya-tanya mainan apa paling bagus untuk anak dan review mainan dari Ikea – Bukan post berbayar – Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya IKEA bukan hanya menjual perabot tetapi ada jual mainan kanak-kanak juga. Barang terapi di Beyond Home Therapy memang kebanyakannya dari IKEA, boleh kata saya ada hampir semua mainan di IKEA kerana sangat tahan lasak sebab kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Dah pernah kena campak berjuta kali pun masih elok.

Walaupun ada yang harganya mahal sedikit dari kedai lain, tetapi bagi saya ia adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Lagi-lagi yang baru ada anak sorang, insyaAllah kalau ada rezeki boleh tahan sampai anak berderet (kalau tak hilang lah).

meatball ikea

Sebenarnya ramai mak ayah yang PM berkenaan macam mana pilih mainan untuk anak, maaf tak dapat reply satu persatu sebab sebagai terapis kanak-kanak banyak sangat komponen nak fikir dan terlampau complicated nak terangkan walaupun nampak mudah.

Jadi kali ini saya akan ceritakan ciri-ciri mainan yang bagus untuk anak 0-3 tahun. Lagi satu yang saya suka tentang mainan IKEA sebab setiap mainan ada label range umur yang sesuai untuk anak dan pendapat saya semua mainan bagus untuk anak asalkan tidak membahayakan.

Mainan IKEA  yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun

1. Auditori

meatball ikea

Bagus untuk keseimbangan.

– Rattles
– Picit keluar bunyi (itik-itik)
– Alat musik

2. Visual

Boleh olok-olok buat kuih.

– Tekan keluar lampu
– Cermin
– Baling dan sepak bola
– Warna yang terang
– Mainan yang bergerak

3. Sentuhan

Bagus untuk deria sendi dan sentuhan.

– Lembut (bulu- bulu patung lembut)
– Keras (apa -apa yang diperbuat daripada kayu)
– Buku yang mempunyai pelbagai tekstur
– Permukaan buah-buahan

4. Vestibular

– Terowong kanak-kanak
– Memanjat
– Bola
– Basikal
– Kereta tolak (push car)
– Basikal
– Trampoline
– Tangga

5. Proprioception

– Semua mainan yang melibatkan anggota badan.

6 . Bau dan Rasa

– Main sewaktu makan.

7. Kategori merangsang kognitif/ imaginasi/ kreativiti

– Mainan bongkah kayu pelbagai bentuk
– Lego
– Puzzles
– Apa-apa mainan yang perlu dipasang
– Role play

Sekarang banyak dah mainan yang ada label bagus untuk deria apa dan apa untuk memudahkan mak ayah untuk memilih. Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak, adakah anak masih dalam:

A. FASA MEMASUKKAN BARANG DALAM MULUT (FASA A)

Jika anak masih di tahap fasa memasukkan barang di dalam mulut, jangan risau sebab ia normal dari anak umur 3 bulan sehingga 2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat adalah deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukkan barang dalam mulut untuk “rasa” benda tersebut sama ada selamat atau tidak. Jadi, mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULL dengan pemilihan mainan dan pastikan mainan sekeliling anak bersih. Elakkan mainan yang:

1. Toksik.

Kalau boleh elakkan membeli mainan yang tidak ada lebel “Non-Toxic” lagi-lagi mainan di kedai RM2 yang kita tak tahu diperbuat daripada apa. Murah memang murah, tetapi kesannya jangka masa panjang. (Saya pun ada belikan anak mainan kedai RM2 tetapi pastikan semasa anak dah tak masukkan mainan dalam mulut).

2. Boleh tercabut atau pecah.

Kalau perasan ada beberapa jenis anak patung ataupun mainan yang mempunyai hidung, butang, mata ataupun reben yang diperbuat daripada plastik kalau boleh jauhkan daripada anak. Sama juga dengan material mainan, cuba tekan sikit mainan tersebut kalau rasa macam mudah pecah sila elakkan membeli mainan itu.

3. Bertali lebih 12 inci.

meatball ikea

Untuk merangsang skil motor halus.

Yang ini paling saya takut, pastikan tiada tali/benang/ reben/ kain yang panjang sebab ada risiko anak terjerut leher sendiri.

4. Terlalu kecil.

Mainan anak bawah 3 tahun sepatutnya lagi besar dari saiz mulut anak. Kalau nak tahu, boleh cuba masukkan mainan dalam ruang silinder bekas tisu tandas atau paling senang cuba bayangkan sama ada mainan itu muat dalam mulut anak atau tidak. Kalau muat, sila simpan sehingga anak habis fasa ini.

5. Belon.

Anak main belon memang comel, tetapi tak comel apabila mempunyai risiko sukar bernafas akibat tercekik belon. Serpihan belon boleh menyempitkan ruang penafasan anak. Hati-hati.

Pendapat saya kalau anak masih dalam fasa memasukkan benda dalam mulut, mak ayah layak untuk “overprotective”. Lagi-lagi apabila bermain di “indoor playground”, kerana risiko jangkitan lebih tinggi semasa fasa ini. Kalau main “outdoor playground” sekurang-kurangnya kotoran akan dibersihkan dengan hujan. Tetapi kalau main di “indoor playground” semuanya terpulang kepada pemilik sama ada mampu tak nak bersihkan kolam bola yang ada beribu bola.

(Saya lebih suka anak berguling di rumput luar dan main pasir di pantai berbanding berenang dalam “ball pool” semasa anak dalam fasa ini). Nak main duit syiling, tanah, pasir, batu atau tanah liat silakan tetapi pastikan dengan pemerhatian sebab sekelip mata anak dah masuk mulut.

2. FASA BERMAIN MENGGUNAKAN MULUT DAN TANGAN (FASA B )

Boleh kenal nama sayur.

Selalunya semasa anak berumur 2 tahun hingga 3 tahun. Fasa ini anak dah mula banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukkan benda dalam mulut apabila deria sendi dan sentuhan di tangan sudah kuat untuk anak “rasa”. Kalau ada masukkan benda dalam mulut pun disebabkan “gatal gusi”.

Semasa tahap ini, dah boleh percaya anak sedikit semasa bermain benda kecil kerana anaak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru. Jika mak ayah kali pertama beri anak main benda baru contohnya tanah liat, terangkan pada anak ciri-ciri material tersebut dan jangan lupa beritahu yang mainan itu tak boleh dimakan.

Jika anak masih memasukkan mainan dalam mulut walaupun selepas umur 3 tahun, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ini adalah salah satu tanda anak mengalami masalah Sensory Prosessing Disorder. Kalau nak cerita spesifik apa mainan bagus atau tak bagus, bagi saya semua mainan bagus selagi ia selamat. Periuk, senduk, beras, bawang di dapur pun bagus untuk bagi anak main.

Mak ayah boleh rujuk setiap gambar untuk review mainan IKEA daripada saya dan save sebab saya akan tambah info di setiap gambar dengan lebih lanjut jika ada masa terluang.

*Tak perlu pun beli daripada Ikea sebenarnya sebab ada banyak kedai yang ada jual mainan yang mempunyai fungsi yang sama dan lebih murah. Cuma review daripada Ikea ini untuk membantu mak ayah menggambarkan mainan yang bagus untuk anak.

Sumber: Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×