Asuh

Imbau Kenangan Zaman Kecil Main ‘Kereta Sorong’ Dengan Anak, Rupanya Banyak Manfaat!

10
SHARES
mainan anak

Membeli mainan anak merupakan antara aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh mak ayah dan juga anak-anak. Walaupun sudah berbakul-bakul mainan ada di rumah, masih juga mahu ditambah mengikut kepada trend permainan masa kini.

Namun, tahukah anda bahawa salah satu aktiviti permainan dipanggil ‘kereta sorong’ seperti zaman dahulu mampu memberikan manfaat yang banyak kepada anak? Bukan sekadar ‘kereta sorong’ dimainkan kampung, aktiviti ini perlu dihidupkan semula supaya anak zaman sekarang boleh merasakannya juga!

Baca juga: Nampak Comel Tapi Sangat Ganas, JANGAN Biarkan Anak Tonton 6 Rancangan Kartun Ini!

AKTIVITI ‘KERETA SORONG’ DISARANKAN JADI MAINAN ANAK, KENAPA?

mainan anak

Dulu zaman kita kecil, mesti pernah main “kereta sorong” macam ni kan? Aktiviti itu sebenarnya penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kena ajak anak-anak buat aktiviti ni. Kami kongsikan sedikit ilmu kenapa kena ajak anak-anak main permainan ni!

-Menguatkan dan menstabilkan otot bahu, tangan dan jari (proximal stability)

– Menguatkan kawalan badan untuk duduk tegak semasa menulis. Sekiranya anak anda melentokkan kepala di atas meja atau tangan, ia menunjukkan anak anda mempunyai kawalan badan yang lemah

– Membantu anak-anak supaya tidak menulis dengan terlalu menekan (pencil pressure)

– Meningkatkan cara pegangan pensel yang betul iaitu “tripod grasp”. Pegangan pensel yang salah juga akan membuat anak-anak cepat penat dalam menulis

– Untuk mewujudkan kemahiran perancangan motor (motor planning). Kemahiran ini sangat penting untuk anak-anak menulis nama mereka tanpa menyalin

Jika anda ingin meningkatkan tahap dan menjadikannya lebih sukar sebagai aktiviti pengukuhan dan proprioseptif, cuba cabaran ini :

-Buat turun naik tanjakan/ posisi tangan

-Bergerak atas bantal

-Pergi ke luar dan cuba pada permukaan rumput yang tidak rata

-Cuba pegang kedudukan dan angkat sebelah tangan

*Seronok bukan? Boleh jadikan ini sebagai aktiviti di rumah sempena hujung minggu nanti!

mainan anak

Baca juga: Perbezaan Basuhan Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan Menurut Islam, Ramai Yang Keliru!

Sumber: Twitter @MedTweetMY, YourTherapySource

Foto: TheMotorStory

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×