Asuh

5 Sebab Ibu Boleh Jerit Pada Anak, Tak Sangka Rupanya Bawa Banyak Kebaikan Juga!

7
SHARES
jerit pada anak

“Awak ni hari-hari dok jerit pada anak awak tu. Lama-lama dia lari rumah kang!” kata suami kepada isteri..

Marah, menengking dan menjerit pada anak merupakan antara rutin kewajipan yang mesti dilakukan oleh para ibu. Tambah pula kalau ibu yang merupakan suri rumah, orang kata makin menjadi-jadi jeritan kepada anak tersebut. Tetapi, bukan semua jeritan kepada anak adalah salah tau!

Berikut merupakan antara lima salah faham tentang jerit pada anak yang orang ramai tak faham. Antara fahaman ini sudah boleh ditolak tepi dan buat fahaman baharu bahawa ada jeritan yang dapat membentuk anak-anak di kemudian hari.

Baca juga: Cara Ajar Anak Solat Guna Teknik Tidak Memaksa, Mesti Anak Jatuh Cinta Dengan Agama!

5 SALAH FAHAM TENTANG JERIT PADA ANAK

jerit pada anak

1. Saya adalah ibu ayah yang teruk: SALAH

Kita ibu ayah yang baik, sebab itu kita sentiasa mengingatkan anak anak. Mungkin anak anak tak menerima mesej penyampaian kita pada ketika itu dengan baik. Ibu ayah yang baik sentiasa mencuba. Ibu ayah yang teruk tak kisah, lantak pi lah hampa.

Ibu ayah yang baik akan rasa bersalah kalau jerit pada anak-anak, ibu ayah yang teruk memang tak akan rasa bersalah. Kita sentiasa utamakan keperluan anak anak. Kita penat, kita serabut, kita stres. Normal kalau kita terjerit sekali sekala. Yang tak normal jerit sepanjang masa.

Ibu ayah yang baik pun ada macam-macam perasaan termasuklah marah. Jom belajar handle marah diri sendiri, bonusnya anak anak pun pandai control dan handle perasaan marah tu sendiri.

2. Saya merosakkan anak saya selama-lamanya : SALAH

Perasaan itu memang sangat tak best. Lebih lebih lagi banyak buku parenting sebut tentang emosi anak apabila dimarahi. Namun, ada kajian, hubungan keluarga yang sihat adalah balance negatif dan positif. Kalau ada satu interaksi negatif kena top up balik dengan 5 interaksi positif.

Ok nak senang, kalau TERjerit pada anak-anak jomlah kita top up balik dengan SEBANYAK BANYAKNYA dengan 5 bahasa kasih sayang tu:

+ Kata-kata pujian : Ayat-ayat manis yang mereka memang suka

+ Hadiah : Belanjalah sekali sekala benda benda yang mereka suka

+ Sentuhan : Peluk, usap kepala, ciuman kasih sayang sambil selawat, Ya Latiff

+ Masa bersama : Masa yang berkualiti di sini maknanya 100% kita bermain dengan anak walaupun hanya 5 minit.

+ Rasa dilayani (act of service) : “Abang ni ibu masak khas untuk abang”, ”Abang ibu tolong abang kemas mainan sebab abang dah letih seharian di sekolah kan.”

Kita cubalah kot ye sama sama. BALANCE. Seimbangkan.

3. Saya satu satunya je ibu yang menjerit pada anak anak: SALAH

Macam kawan saya cakap (Dr. Nad), mak-mak di Asia ni ‘mak rimau’. Kadang kadang mak yang nampak cool tu adalah mak yang paling garang. Kita tak tahu apa struggle dia eh. Jadi, kena ingat tu bukan kita seorang yang struggle.

4. Ada ibu yang jerit pada anak sekali je: SALAH

Semua orang memang hari-hari struggle berusaha nak kurangkan jerit, tapi akhirnya jerit jugak. Hidup kita memang kadang di atas kadang di bawah. Masa di atas enjoylah momen momen indah dengan anak anak.

Masa hidup kita serabut semua benda, TERjerit jeritlah kita lagi. It’s ok. Maafkan diri sendiri dan berusaha lagi. Jangan hidup dengan perasaan bersalah. Nanti makin stres dan anak-anak juga mangsa.

5. Mustahil bagi saya untuk kurangkan jerit: SALAH

Kita boleh sentiasa berusaha. Itu PILIHAN. Kawal apa yang kita boleh kawal. Kita boleh kawal diri sendiri. Tapi tak boleh kawal sikap anak. Cuba teknik yang sesuai dengan jiwa dan apply. Bila dah back on track anak anak pun happy, kadang ada masa terjerit lagi. It’s ok.

Taubat, istighfar, zikir, doa dan start je rutin macam biasa balik.

Kita adalah ibu dan ayah yang baik. Kita TIDAK SELAMANYA merosakkan anak kita. Bukan kita seorang yang menjerit pada anak. Kita BOLEH stop menjerit. Tapi kalau kita TERjerit lagi, it’s ok. TERjerit ye, bukan jerit tu adalah hobi atau makanan anak hari hari. Yang itu, memang kena mintak surat doktor jumpa pakar psikari.

Ujian terbesar seorang ibu adalah anak anak, sebab kita sangat sayang pada mereka. Tapi, matlamat utama kita bukan mereka. Matlamat kita adalah jadi TERBAIK di mata Allah.

Bila kita berusaha jaga yang ni, insya Allah yang lain lain akan follow dan jadi lebih mudah. Sekian wabillahi taufiq walhidayah wannadiah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

jerit pada anak

*Jadi, boleh jerit hari-hari selepas ini, awas anak-anak!

Baca juga: Kenapa Anak Dah Usia 7 Tahun Tapi Masih Kencing Malam? Letih Setiap Pagi Kena Jemur Tilam…

Sumber: Nadiah Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×