Asuh

Cara Ajar Anak Solat Guna Teknik Tidak Memaksa, Mesti Anak Jatuh Cinta Dengan Agama!

2
SHARES
ajar anak solat

Seperti yang kita sudah ketahui, Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa mengajar anak untuk solat bila sudah berusia 7 tahun dan merotan mereka jika masih tidak solat apabila usia 10 tahun. Tetapi, masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang gusar dan tidak pasti dengan cara ajar anak solat dengan betul.

Hal ini kerana, anak-anak akan mengatakan bahawa teknik yang digunakan adalah memaksa mereka untuk solat dan bukan dengan kerelaan hati atau rasa cinta kepada agama. Jadi, ada satu perkongsian dari Puan Dayana Zakariah yang boleh dicuba supaya anak cinta dengan solat.

Baca juga: Kenapa Anak Dah Usia 7 Tahun Tapi Masih Kencing Malam? Letih Setiap Pagi Kena Jemur Tilam…

CARA AJAR ANAK SOLAT, KENA MENDIDIK BUKAN MEMAKSA

ajar anak solat

Foto: iStockphoto

Bila nak didik bab solat, satu ayat keramat yang masih lekat sampai sekarang, ialah ayat kak Badariah Ismail (Pengarah Dzul Iman),

“When it comes to ibadah, perintah Allah, kita kena sangat hati-hati dalam mendidik. Make it as something fun. Jangan keras. Takut-takut kita bukan berjaya mendidik, TAPI KITA CUMA BERJAYA MEMAKSA”

Somehow ayatnya berbunyi macam tu. Lama dahhh, 9tahun lepas, masa join kursus Khalifah Method masa jadi part time kindy teacher kat As-Sakeenah. Time tu, kte nya baru lepas SPM, tapi sampai dah jadi mak anak 2 ni pun, ayat tu la dok rewind dalam otak tak sudah-sudah.

Baru ni join Parenting Session under Dzul Iman. And again, ayat kak Bada jugak yang menyentuh hati ni bila bab mendidik anak-anak tentang solat.

“Masa fasa umur 0-6 tahun, ialah fasa yang mana berimannya kita, mesti dirasai oleh anak-anak”

Ma shaa Allah. Sebab umur 7 tahun baru kita disuruh untuk suruh anak-anak solat, dan akhirnya umur 10 tahun baru disuruh untuk memukul. And things will not happen out of sudden! 0-6 tahun tu la waktu paling precious untuk bagi mereka serap sebanyak mungkin tentang aqidah, tentang solat, tentang ibadah, tentang akhlak, tentang semuanyaaaa!

And not through instructions, but through what they see. Again, “BERIMANNYA KITA MESTI DIRASAI OLEH ANAK-ANAK”
0-6 tahun tempoh yang sangat sekejap sebenarnya. Too much to catch up. As for me, these are things we should start as early as possible:

1.Semenjak lahir, letak anak-anak dekat dengan kita masa tengah solat

No gadjet, no TV. Let them observe. Dorang dok memanjat badan masa kita sujud? Let it be. Kalau tak, takkan la ada hadith cucu Rasulullah panjat Rasulullah

2.Biasakan anak-anak dengan masjid

And of course never expect dorang duduk senyap macam patung cendana. Kids being kids. Berlari, ketawa, bermain. Let it be.
Budak-budak tak boleh ke masjid? Kalau tak, takkan la ada hadith Rasulullah tengah khutbah, Hasan Husain yang masih bertatih datang, Rasulullah turun dari mimbar sekejap pergi ke cucu-cucunya.

3.Banyakkan bercerita tentang Allah, Malaikat, para Rasul

Bukan itu sahaja, selitkan perkara-perkara sam’iyat; Syurga, Neraka, alam barzakh, kiamat, dosa, pahala, syaitan, dan lain-lain. Kita bukan je nak anak-anak sekadar diri, rukuk, sujud. Tapi nak mereka jugak kenal kepada siapa mereka abdikan diri.
Kita bukan je nak anak-anak sekadar bertudung. Tapi nak mereka jugak faham tentang maruah dan malu. Fahamkan mereka ttg the essence behind all the commandments. In shaa Allah, things will get easier.

4.Semua orang kena mainkan peranan masing

Ibu medan utamanya di rumah. Bila ibu haid, ayahnya pulak in charge banyakkan bawak ke masjid. Ahli keluarga yang lain dengan peranannya yang sentiasa rajin mengajak. Ahli masyarakat dengan peranannya menyambut baik kedatangan makhluk-makhluk kecil ni ke masjid. Be part in raising a child, no matter who they are.

5.Last but not least, DOA.

Masa pregnant Ahmad, tok laki soleh share dr buku yg dia baca, dalam buku tu, ditulis, antara doa terawal yang ibu ayah kena baca once anak lahir ialah doa Nabi Ibrahim.

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِی مُقِیمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّیَّتِیۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”- [Surah Ibrahim: ayat 40]

Allahu a’lam. After all, tanggungjawab kita sebagai ibubapa ialah berusaha mendidik sehabis baik. Dan ia akan dipersoalkan dan diberi ganjaran kelak. TAPI, the result of it is beyond our power. Baikkah anak kita atau sebaliknya? Itu kuasa Allah.

Berdamailah dengan kisah para nabi yang diuji dengan anak-anak seperti Nabi Adam, Nabi Nuh, dan Nabi Ya’kub. Do our part and leave it to Allah.

ajar anak solat

Foto: MuslimVibe

*Paling penting adalah untuk ibu bapa menunjukkan contoh kepada anak-anak, khususnya yang baru nak mencapai usia 6 atau 7 tahun. Bila ibu bapa rajin solat, mesti anak-anak pun suka tengok kan?

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

Sumber: Dayana Zakariah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×