Famili

“Macam Mana Hampa Tahan?’- Pertama Kali Jaga Anak Waktu Siang, Dr. Say Luah Penatnya!

625
SHARES

Menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu bapa zaman moden yang sibuk bekerja akan menghantar anak-anak ke taska atau pusat asuhan kanak-kanak. Namun, masih ada juga dalam kalangan kita yang memilih untuk menjaga anak-anak sendiri supaya dapat terlibat dalam proses pembesaran mereka.

Seperti perkongsian Facebook oleh Dr. Say Shazril atau lebih dikenali sebagai Dr. Say, beliau turut berkongsikan pengalaman buat julung kalinya menjaga dua orang anaknya pada waktu siang dan ternyata berbeza dan memenatkan. Hairan juga macam mana golongan ibu dapat melakukan perkara ini setiap hari?

Baca juga: Seminggu Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Ayah Sebak Anak ‘Pergi’ Ketika Perjalanan Ke Hospital

“MACAM MANA HAMPA TAHAN?

Topik : Macam Mana Ampa Hadap & Tahan?

Arini untuk julung kalinya saya berpeluang jaga 2 anak saya dari 8am – 4pm sebab bini kerja. Sebelum ni saya biasa jaga diorang masa bini kerja malam yakni 4pm – 12am. Jaga waktu malam semestinya senang sebab Sef jenis tido awal, 10pm lelap dah so mengadap Ace sampai bini balik takde hal.

Tapi bila jaga depa siang-siang ni, mak aiii terasa nak jadi Puan Nurul kejap sebab siang-siang tenaga & clingy-ness budak-budak ni lain macam. Literally tak boleh buat apa-apa.

Pergi dapur jap nak amik makanan, si adik melalak macam kena dera. Nak bancuh susu untuk depa, si adik melalak macam kena dera. Senang kata kalau takde dalam pandangannya, si adik melalak macam kena dera. Asyik mintak dukung ja, dia taktau yang muscle daddy dia ni untuk tayangan bukannya ada kegunaan. 8jam jaga depa untuk kali pertama ni buat saya terfikir akan ibu-ibu di luar sana.

“TAK PERNAH KE IBU-IBU RASA INI SEMUA TERLALU RUTIN?”

Tak pernah ke ibu-ibu terfikir “kalau suami aku boleh gi kerja takyah mengadap anak 24jam, kenapa aku tak boleh pergi kerja jugak?”. Tak pernah ke ibu-ibu terasa ini semua terlalu rutin? Lagi-lagi kalau anak tak pergi sekolah, basically 24jam lah dengan anak tu. Tak ke ibu-ibu rasa nak sembang dengan orang-orang yang sebaya instead of just dengan anak-anak?

Saya tau mesti ada ibu-ibu yang nak cakap “tengok anak-anak membesar depan mata itu satu kepuasan” tapi bukannya kalau tinggal anak tu sehari depa terus jadi dewasa terus ahaha & bukannya saya nak cakap saya tak sayang anak tapi maybe im not made for this. Harap ampa paham la eh?

Jadi persoalan saya, ampa yang SAHM/ SAHD memang decide jadi gitu atas kerelaan diri yakni ampa memang suka duduk rumah jaga anak 24 jam atau ampa tiada pilihan yakni pasangan tak bagi kerja/ kalau ampa kerja pun pendapatan tak dapat cover kos hantar anak-anak pergi sekolah? Open discussion please saya betul-betul curious dengan ketahanan mental ampa.

“MUNGKIN INI DAH SIFAT IBU YANG ALLAH CIPTAKAN…”

Oleh disebabkan Dr.Say ingin mengetahui pendapat orang ramai khususnya golongan ibu mengenai hal ini, ramai dalam kalangan ibu tampil meninggalkan komen di posting tersebut. Ada yang dengan rela hati menjadi suri rumah dan ingin menjaga anak-anak dan ada juga yang terpaksa kerana kurang dari segi pendapatan untuk hantar ke pusat asuhan.

Terbaik mak-mak semua!

Sumber: Dr. Shazril Shaharuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×