Kini Trending

Seminggu Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Ayah Sebak Anak ‘Pergi’ Ketika Perjalanan Ke Hospital

1.7K
SHARES

Siapa sangka permata hati sulung dan tunggal yang disayangi pergi dalam sekelip mata sahaja akibat demam panas dan batuk tak kebah. Itulah perkongsian kisah memilukan oleh seorang ayah di laman Facebook Bob Zackariyya yang kehilangan anaknya yang masih kecil.

Tambah memilukan adalah bayi yang diberi nama Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Baca juga: Doktor Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Minum Ubat Batuk!

Seminggu demam panas dan batuk tidak kebah

Menurut perkongsian Bob Zackariyya, anaknya sudah mengalami demam dan batuk sejak seminggu yang lalu. Bukan itu sahaja, dia juga telah membawa anaknya sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.

Jelasnya, doktor meminta untuk membawa anak kesayangan mereka sekali ke hospital pada Isnin untuk mengambil darah, namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Illahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Bagaimanapun, kata ayahnya punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan darah. Bagaimanapun, perginya si kecil ini ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang mahu ajak main. Malah si kecil ini merupakan anak yang pertama dan tunggal sebab itulah rasa terkesan sangat-sangat.

“Arwah pergi sebagai anak Syurga”

Ayah sik Kuat…. Ayah selalu beri orang nasihat untuk kuat bila hadapi situasi tuk tapi ayah mpun sik kuat Muhammad NurFaiq Danish… Gambar terakhir ktk bersama ayah. kitak kiut kitak hansem kitak goodboy semuanya kitak syg… bukan ayah post sebab mokkan simpati orang

Tapi biarlah setiap tahun FB akan ingatkan ayah yang ayah pernah memiliki seorang anak yang Hebat dan Sekuat kitak. kitak lah penyeri hidup ayah dan mama. Tiap minggu ayah balit ke sekolah hari ahad Pukul 6-7 petang sebab ayah maok lamakkan masa bersama kitak. Balit sekolah hari jumaat ayah laju-laju balit loceng bunyi ayah terus pecut balit sebab takut sik sempat feri awal sebab ayah maok cepat bertemu orang yang tengah tunggu ayah depan pintu rumah.

Tiap tahun ayah mintak pindah sebab ayah nak besarkan kitak depan mata syukur Bulan 3 ayah dapat pindah happy ayah sebab turun kerja pagi dapat cium kitak, balit kerja kitak tunggu depan pintu tunggah yayah. dah selesai tugas kitak kitak allah ambik balit dari ayah n mama sebulan lebih jak kitak dengan ayah… Faiq ayah ngan mama ada kitak ajak sayang…

“Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.”

“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.”

“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwah pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.

“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujarnya si ayah yang menahan rindu pada anak syurganya.

Sumvber: Bob Zackariyya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×