Sihat

Doktor Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Minum Ubat Batuk!

1.1K
SHARES
cara hilangkan batuk

PETUA HILANGKAN BATUK

Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan satu perkongsian dari doktor ini mampu untuk melegakan batuk anda. Tak payah minum ubat batuk berbotol-botol dan khuatir akan memberi kesan negatif kepada otak kerana anda hanya perlukan bahan-bahan semulajadi sahaja. Selamat mencuba!

Baca juga: Pekerja Positif Covid-19 Boleh Claim Skim Bencana Pekerjaan PERKESO, Ini Cara & Syaratnya..

PETUA HILANGKAN BATUK & KAHAK GUNA 2 BAHAN, TAK PAYAH UBAT BATUK

Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk. Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak? Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid. Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan. Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster. Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk.

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok. Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.

Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak. Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa. Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

petua hilangkan batuk

Caranya ialah:

1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.

2. Leraikan lapisan bawang tadi.

3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.

6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.

7. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak. Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk. Boleh cuba di rumah.

Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×