Sihat

Bukan Semua Sebab Kena Covid…Ini 7 Jenis Batuk & Maksudnya Anda Kena Tahu

36
SHARES
petua hilangkan batuk

Memandangkan kita masih belum reda berada dalam gelombang wabak Covid-19, ramai dalam kalangan kita yang masih mengalami simptom-simptom penyakit tersebut. Tambah pula dengan gelombang wabak baharu seperti Influenza A pula, kita harus berjaga-jaga dua kali ganda apabila tidak sihat secara tiba-tiba.

Oleh itu, disebabkan ramai yang mengalami gejala batuk-batuk dan risau anda terkena jangkitan wabak ini, berikut merupakan 7 jenis dan maksudnya supaya anda tak gelabah.

Baca juga: Doktor Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Minum Ubat Batuk!

Ini 7 jenis batuk & maksudnya

Anda tahu tak batuk ada banyak jenis dan setiap jenis batuk itu ada maksudnya serta petanda kesihatan seseorang. Tak semestinya bila batuk sahaja, anda dah dijangkiti Covid-19.

Batuk adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang kesan daripada faktor-faktor luaran. Batuk juga tanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada kesihatan kita. Ini 7 jenis batuk & maksudnya yang anda kena tahu dan berhati-hati.

1. Batuk dengan simptom selesema

Batuk ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca & disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.

2. Batuk berdarah

Batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Batuk berdarah, boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.

3. Batuk basah

Sebab biasa batuk basah adalah bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas seseorang kena selesema.

4. Batuk basah dengan demam

Ini kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.

5. Batuk kering

Kalau selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptom asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas

6. Batuk masam

Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ini biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.

7. Batuk perokok

Ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.

*Awasi tanda-tanda batuk ini dan dapatkan rawatan dengan cepat ya!

Sumber: Twitter @Farmacora

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×