Suami Isteri

Wahai Suami..Kalau Nampak Isteri ‘Jerit’ Kerana Stres, Bantulah Dan Jangan Biarkan..

8
SHARES
stress pada wanita

“Dah kenapa isteri aku ni dok jerit dekat anak, haa inilah tanda stress pada wanita! Kena hati-hati”

Tugas sebagai seorang isteri dan juga ibu bukanlah perkara yang mudah. Tidak kira sebagai suri rumah ataupun yang bekerja, mereka akan tetap menghadap kerenah anak yang sama setiap hari dan boleh menimbulkan stres.

Begitu juga dengan perkongsian suami yang dikenali sebagai Firdaus Shakirin di laman Facebooknya, menjelaskan situasi apabila si isteri menjerit di hadapan anak-anak.

Baca juga: 11 Tahun Kahwin Suami Tak Mampu Beli Emas Dekat Isteri, Rezeki Tak Macam Pasangan Lain…

TANDA STRESS PADA WANITA, HARI-HARI ISTERI KENA HADAP BENDA SAMA

tanda stress pada wanita

Mungkin agak terkejut tetapi inilah yang dialami oleh setiap suami yang baru pulang dari kerja. Mendengar anak menjerit dan memarahi anak merupakan perkara biasa tetapi itulah tanda isteri tengah stres.

Sampai depan rumah, dengar suara menjerit…Tak masuk lagi, tapi dah tahu mesti anak-anak kena marah…time petang-petang ni, selalunya kena marah sebab tak mandi lagi atau bagi rumah bersepah, tak kemas lagi…

“Yang ni sapa punya, ambik simpan!”

Tak dan langkah masuk, baru sua kaki…Pakai dah aku, aku kena jugak satgi – bisik dalam hati… Bagi salam, masuk pelan-pelan sambil senyum…tengok wife, dia tengok kita dengan muka lain macam…kita pun apa lagi, terus tengok lantai. Masuk bilik, mandi, solat semua…

Dalam 30 minit macam tu, then keluar bilik, tegur wife,

“Ayang macam mana hari ni…?”

Dia jawab OK…kita faham, tak mau tanya banyak, kang kena marah plak…ambik makanan, makan sambil tengok TV…habis makan, basuh pinggan, kemas dapur semua. Dia keluar dari bilik, dia tengok dapur dah siap kemas, pinggan dah basuh…dia terus cakap,

Menjadi tugas seorang suami juga apabila isteri dalam keadaan sebegini, eloklah membantu mereka dan bukan menambah lagi beban. Apa kata ambil alih pula tugas dengan membantu menjaga anak atau mengemas sedikit rumah. Sejuk sedikit hati isteri dan melafazkan ucapan terima kasih kepada suami.

“Terima kasih bang…”

“Nada pun dah tenang, dah elok…kita sebagai suami faham, tugas dia tu tak senang, hari-hari rutin dia sama, hari-hari dia tension dan marah untuk perkara yang sama… berulang-ulang untuk hari ni, esok dan lusa. Dia banyak main emosi, penat dia tu dari dalam.

Kita kena mudahkan urusan dia, bagi dia senang kerana bila dia senang, baru dia akan tenang. Masa tenang, baru dia akan menyembang bercerita itu ini akan apa yang dia lalui…She need this…telinga yang boleh mendengar, hati yang mampu memahami apa yang dia lalui. Semoga ramai lagi suami di luar sana mampu untuk memudahkan dan meringankan urusan isteri…InsyaAllah..”

*Mungkin anda akan menganggap situasi ini merimaskan tetapi ketahuilah bahawa isteri merupakan penyeri rumah tangga kita. Tanpa mereka, siapalah nak layan kerenah anak-anak bukan?

Baca juga: Masalah Suami Selalu Komplain ‘Tak Puas’, Rupanya Anda Alami 5 Tanda Miss V Longgar

Sumber: Firdaus Shakirin 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×