Sihat

Masalah Suami Selalu Komplain ‘Tak Puas’, Rupanya Anda Alami 5 Tanda Miss V Longgar

36
SHARES
miss v longgar

Seringkali kita mendengar rungutan yang sering disuarakan oleh wanita di laman media sosial apabila pasangan suami mengatakan hubungan seksual tidak lagi ‘puas’. Ini sangat merisaukan kerana ia merupakan petanda Miss V longgar!

Khususnya untuk anda yang sudah berkahwin, penting untuk sentiasa memeriksa tahap kelonggaran vagina supaya tidak menimbulkan masalah kesihatan yang lain. Paling penting adalah untuk menyediakan pengalaman seksual yang berkualiti untuk pasangan.

Baca juga: Miss V Bau Busuk Sebab Tak Cuci Bersih? Doktor Cakap Ada Tempat Anda Tak Perlu Cuci Pun!

MACAM MANA NAK TAHU BAHAWA MISS V LONGGAR?

miss v longgar

Kadangkala, otot dan jenis tisu lain yang menahan segala-galanya di kawasan pelvis ini boleh menjadi renggang, lemah atau terkoyak. Apabila itu berlaku,keadaan yang dikenali sebagai prolapse boleh membuatkan vagina atau Miss V anda menjadi longgar.

Kajian mendapati bahawa, hampir separuh daripada semua wanita berumur antara 50- 79 tahun mempunyai sekurang-kurangnya masalah dengan prolaps organ pelvis (POP) ini. Antara beberapa faktor yang menyebabkan vagina anda longgar adalah:

-Bersalin normal
-Obesiti
-Penuaan
-Kecederaan (pernah melakukan pembedahan pelvis)
-Ketegangan kronik

Jadi, untuk anda ingin mengetahui jika anda mengalami masalah vagina longgar, berikut merupakan 5 tanda:

1. Susah untuk kencing

Salah satu cara untuk anda mengetahui bahawa Miss V anda longgar adalah anda mengalami kesukaran untuk kencing. Rasa terbakar, pedih dan tidak puas untuk kencing menjadikan anda tidak selesa. Anda perlu batuk, bersin atau ketawa sedikit untuk mengeluarkan saki baki air kencing.

2.Boleh masukkan 3 jari ke dalam vagina

Tahukah anda bahawa apabila si ibu boleh memasukkan 3 jari ke dalam dinding vagina tanpa masalah, ini adalah cara untuk mengetahui Miss V anda longgar.  Bukan itu sahaja, kalau mainan seks yang lebih besar pun lebih mudah masuk ke dalam vagina, ini menandakan bahawa Miss V anda sudah regang.

3.Suami minta rapatkan kaki semasa berhubungan

Kalau anda perasan semasa melakukan hubungan seksual bersama suami, mereka akan minta untuk merapatkan kaki. Kenapa kena rapatkan kaki? Ini kerana si suami sukar untuk mendapatkan kepuasan klimaks kerana vagina anda sudah longgar. Kalau boleh, tanyakan kepada si suami sama ada mereka puas atau tidak.

4.Kentut vagina

Pernah tak anda mengalami kentut keluar dari vagina? Mungkin rasa ini perkara biasa namun, ini merupakan cara untuk anda mengetahui bahawa Miss V sudah longgar.  Kondisi ini berkaku kerana terdapat gas vagina yang terperangkap dari dalam Miss V. Angin sudah mula masuk kerana vagina dah longgar.

5.Susah nak capai klimaks

Inilah yang merisaukan kaum wanita kerana apabila Miss V longgar, sukar untuk si suami mencapai tahap klimaks yang diinginkan apabila melalukan hubungan seksual. Bahkan, keinginan untuk melakukan hubungan seksual juga menurun tidak kira untuk si isteri atau si suami.

miss v longgar

*Dapatkan rawatan dan petua yang betul supaya dapat ‘merapatkan’ semula vagina yang longgar tersebut. Jangan jadikan ini alasan untuk suami mula cari perempuan lain ya!

Baca juga: Ada Benjolan Misteri Di Ketiak, Bukan Sebab Kanser Payudara Je Tapi 9 Penyakit Ini Juga..

Sumber: MSD Manual, WebMD.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×