Sihat

Miss V Bau Busuk Sebab Tak Cuci Bersih? Doktor Cakap Ada Tempat Anda Tak Perlu Cuci Pun!

13
SHARES
miss v bau busuk

Buat kaum wanita, pasti akan ada masanya yang membuatkan anda tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba bahagian vagina atau Miss V bau busuk bukan? Hal ini kerana, anda telah menggunakan pencuci miss v yang dikatakan dapat menghilangkan bau serta mencuci dengan lebih bersih bahagian dalam miss V.

Rupa-rupanya, tanpa anda sedari inilah yang menjadi punca kepada bau yang ada pada vagina anda. Berdasarkan penjelasan Prof.Dr.Imelda Balchin, rupanya mencuci bahagian dalam vagina itu semua tidak perlu!

Baca juga: 5 Jenis Bau ‘Miss V’ Yang Anda Kena Tahu, Patutlah 24 Jam Rasa Gatal!

MISS V BAU BUSUK SEBAB TAK CUCI BERSIH-BERSIH? FAKTA ATAU MITOS?

miss v bau busuk

Fakta atau Mitos: Kalau vagina itu berbau, itu bermakna awak tak cuci vagina bersih-bersih? Jawapannya ialah MITOS.

Vagina ini self-cleaning dan tak perlu dicuci, sama seperti kerongkong anda, saluran kencing anda dan usus anda. Apa yang perlu dicuci ialah permukaan luar vagina, permulaan luar saluran kencing, permukaan luar dubur dan mulut. Yang di bahagian dalam tu tak payah lah nak cuci-cuci.

Bagaimanakah vagina tu buat self-cleaning? Ada dua cara:

#1 Pertama:

Di dalam vagina memang ada beratus-ratus jenis organisma yang hidup sekampung. Kita panggil ini MICROBIOME. Kita mesti ada keseimbangan microbiome untuk memberi perlindungan kepada organ dalaman wanita. Bakteria-bakteria ini berlawanan, ada bakteria baik dan ada bakteria yang memudaratkan.

Selagi ada bakteria baik yang berlawan dengan bakteria yang memudaratkan, maka bakteria yang memudaratkan itu tidak boleh membiak dengan banyak sehingga menyebabkan penyakit. Kita tak mahu buang microbiome ini. Jika anda mencuci di dalam vagina, korek-korek basuh-basuh yang juga dinamakan ‘vaginal douching’, maka anda boleh membuang bakteria yang baik.

Akibatnya ialah bakteria yang memudaratkan wanita boleh membiak banyak-banyak atau ‘overgrowth’ dan Inilah dinamakan bacterial vaginosis atau BV. BV ini penyebab keputihan yang biasa berubah menjadi warna kelabu kehijauan, menjadi banyak dan berbau hanyir. BV ini kena dirawat dengan antibiotic, bukannya tambah basuh lagi di dalam vagina tu.

TIDAK ADA SATU PUN PENYAKIT DALAMAN WANITA YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN MENCUCI DI DALAM VAGINA. Lagi awak cuci di dalam vagina, lagi lah BV datang balik berulang-ulang kali. BV ini boleh menyebabkan keguguran.

Ada juga kaitannya dengan lebih risiko kanser pangkal rahim, sebab ada kemungkinan MICROBIOME yang sihat juga penting untuk melawan virus HPV yang menjadi punca cervical cancer.

#2 Kedua:

Vagina ialah berasid. Asid di dalam vagina memberi perlindungan kepada pelbagai penyakit. Jika anda mencuci di dalam vagina, anda boleh buang asid ini dan memberi lebih kecenderungan untuk mendapat penyakit. Jika anda perasan, sekitar waktu paling subur wanita, semasa ovulasi, pangkal rahim atau cervix akan mengeluarkan lebih keputihan dari biasa hanya untuk lebih kurang tiga hari.

Masa ini ada banyak keputihan yang beralkali yang bertujuan melindungi sperma yang tidak boleh hidup di dalam keadaan berasid. Hanya pada waktu subur wanita ada lebih banyak keputihan untuk membantu sperma masuk ke dalam rahim dan hidup dengan lebih lama.

Kita tak mahu buang keputihan semasa kesuburan wanita ini sebab ia ada fungsi yang baik, terutamanya untuk wanita yang trying to conceive, janganlah dok cuci-cuci di dalam vagina naaaaa.

Jika vagina anda mengeluarkan keputihan berwarna kelabu kehijauan yang berbau hanyir, anda janganlah mencuci di dalam vagina atau beli produk-produk dari penjual yang tiada tauliah perubatan.

BUAT PEMERIKSAAN UNTUK CHECK ADA BACTERIAL VAGINOSIS

Anda perlu mencari doktor perubatan untuk membuat pemeriksaan dan membuat vaginal swab untuk confirm adakah Bacterial Vaginosis dan bila ada pengesahan, anda boleh dapatkan rawatan antibiotic.

Bacterial vaginosis (BV) ini bukan sexually transmitted disease (STD), iaitu ia bukan penyakit yang disebabkan oleh hubungan kelamin. Tetapi, jika anda sudah ada BV, ini bermakna anda tiada perlindungan MICROBIOME dari bakteria yang baik, maka anda juga ada lebih kecenderungan untuk mendapat STD.

Kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh hubungan kelamin iaitu STD tidak menyebabkan vagina berbau. Penyakit STD seperti HIV, Syphilis, Gonorrhoea, Chlamydia, Genital Herpes, virus HPV dan Hepatitis B tidak pun memberi symptom vagina berbau. Hanya bakteria yang dipanggil trichomonas boleh memberi bau yang kuat.

Sebab inilah setiap ibu hamil yang datang ke Klinik Ibu Mengandung saya akan mendapat ujian darah saringan antenatal yang termasuklah HIV, Syphilis (VDRL) dan Hepatitis B, sebab memang pun penyakit ini ialah STD yang tiada symptom apa-apa tetapi boleh memudaratkan anak di dalam kandungan jika tidak diketahui dan tidak dirawat.

Jika klinik kesihatan anda tidak buat ujian saringan untuk Hepatitis B, anda boleh minta ujian darah ini di klinik swasta.

miss v bau busuk

*Kesimpulannya, vagina berbau itu bukan vagina yang tidak bersih. Sebaliknya jika anda mencuci di dalam vaginalah penyebab vagina yang berbau. Kalau ibu yang hamil dan Trying To Conceive (TTC), elak cuci di bahagian dalam vagina ya!

Baca juga: Risau Keluar Keputihan Berketul Pada Vagina, Normal Ke? Orang Perempuan Kena Tahu Ini!

Sumber: Prof. Dr.Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×