Cantik

Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Menggunakan Asam Jawa, Petua Mujarab Orang Dulu-Dulu

33
SHARES
manfaat asam jawa

Proses mendapatkan kulit wajah yang halus, mulus serta berseri-seri bukanlah sesuatu yang mudah. Sudah bermacam-macam petua kecantikan kulit sudah digunakan tetapi hasilnya tidak memuaskan. Namun, terdapat satu bahan masakan yang digunakan secara meluat untuk kecantikan kulit wajah iaitu asam jawa. Ternyata banyak manfaat asam jawa ini untuk kecantikan ya!

Berikut merupakan beberapa manfaat asam jawa yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik macam Miss World. Barulah tak berkelip mata orang melihat anda berseri-seri dari jauh lagi!

Baca juga: 5 Langkah Basic Untuk Dapatkan Kulit Bersih & Halus Mulus Macam Pelakon Korea, Gebu!

MANFAAT ASAM JAWA UNTUK KECANTIKAN, WANITA ‘CONFIRM’ SUKA!

manfaat asam jawa

1.Mencerahkan wajah

Kalau anda nak tahu, asam jawa mampu memutihkan dan mencerahkan kulit. Caranya, rendam asam jawa ke dalam air panas sehingga berubah menjadi pati. Tambah kunyit dan gaul dengan air rendaman asam jawa tadi.

Kemudian, sapukan pada wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang putih berseri. Selain kunyit, anda juga boleh campur asam jawa dengan madu dan lemon.

2.Menanggalkan sel kulit mati

Untuk mendapatkan kulit yang yang cerah, pasti anda kena menyingkirkan sel kulit mati bukan? Jadi, asam jawa sangat bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan kotoran yang terdapat dalam pori-pori muka. Ini kerana asam jawa mengandungi alfa hidroksil, bahan yang bertindak sebagai ejen pengelupasan semulajadi.

Caranya, sapu asam jawa pada wajah dan biar selama 20 hingga 30 minit. Sambil menunggu asam jawa kering, bolehlah urut wajah secara perlahan-lahan agar sel kulit mati tertanggal. Setelah kering, bilas dengan air.

3.Mengurangkan jeragat dan jerawat

Jerawat dan jeragat ini yang menyebabkan keyakinan diri semakin berkurangan bukan? Jadi, apa kata gunakan asam jawa kerana hasilnya memang mengagumkan walaupun kulit wajah rasa pedih sikit ketika meletakkan asam jawa tu. Bancuhkan tiga sudu besar asam jawa ke dalam air panas. Biarkan seketika dan tapis bahan yang tidak diperlukan seperti biji dan sebagainya. Gunakan air tapisan asam jawa tadi sebagai air basuhan muka pada setiap pagi dan jerawat serta jeragat akan berkurangan jika diamalkan selalu.

4.Membantu menurunkan berat badan

Paling disukai ramai apabila asam jawa mampu untuk membantu meningkatkan tahap metabolisma tubuh badan kita. Oleh itu, pengambilannya dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Mengandungi asid sitrik yang membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan, penggunaan asam jawa juga dapat membantu merangsang enzim yang dapat mengurangkan penyimpanan lemak di dalam tubuh badan.

manfaat asam jawa

5.Menghilangkan selulit

Bukan sahaja orang yang berbadan besar mempunyai selulit malah anda yang berbadan kurus pun tidak terlepas! Selulit memang terkenal dengan sifatnya yang degil dan sangat sukar untuk dihilangkan. Jadi, apa kata anda cuba cara dengan menggunakan asam jawa.  Ambil beberapa ekstrak asam, tambahkan sedikit lemon, gula dan serbuk penaik di dalamnya. Kemudian, gosok kulit yang mengalami selulit itu dengan sikat yang telah dicelupkan ke dalam campuran ini. Lakukannya beberapa kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan.

*Selamat mencuba dan mencantikkan wajah!

Sumber: Sinarwanita.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×