Sihat

3 Sebab Kenapa Kena Ada Asam Jawa Di Rumah, Penting!

167
SHARES
KEBAIKAN ASAM JAWA

Asam jawa biasanya digunakan dalam masakan dan juga boleh dimakan begitu sahaja atau ditambah gula untuk dijadikan minuman. Antara kebaikan asam jawa adalah kaya dengan vitamin dan mineral yang mampu mengekalkan kesihatan.

Ikuti penerangan lanjut di bawah yang dikongsi oleh Dr Suri Roowi.

Baca juga: 13 Idea Jus Campuran Buah-Buahan, Badan Tak Sakit & Angin Semua Keluar!

KEBAIKAN ASAM JAWA YANG TAK DISANGKA-SANGKA

KEBAIKAN ASAM JAWA

1. Asam jawa bantu melembap & cerahkan kulit

Asam jawa telah digunakan sebagai sumber alami untuk membantu masalah kulit. Campuran asam jawa dengan pektin akan membantu melembapkan kulit. Ia disebabkan kehadiran bahan alfa-hidroksil (AHA). Pektin boleh didapati secara komersil dan biasa digunakan dalam pembuatan jus.

Kajian ke atas 38 wanita mendapati wajah mereka jadi lebih cerah setelah disapu dengan larutan asam jawa selama 4 minggu. Larutan asam jawa disediakan dengan mencampurkan 8g bersama 100ml air.

2. Bantu masalah pernafasan

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Systemic Rev. in Pharmacy pada tahun 2021 menunjukkan air asam jawa bantu kurangkan masalah pernafasan di kalangan perokok tegar. Kajian ke atas perokok tegar yang diberi minum air asam jawa telah dilakukan selama 7 hari berturut-turut.  40 perokok dewasa lelaki dan 40 lelaki bukan perokok terlibat dengan kajian ini.

Sebelum diberi minum air asam jawa, peratus isipadu udara pernafasan dalam paru-paru kumpulan perokok tegar adalah lebih rendah berbanding kumpulan tidak merokok (56% berbanding 78%).  Selepas 7 hari mengambil air asam jawa, peratus isipadu udara dalam paru-paru perokok tegar meningkat sehingga 73%.

3. Bantu kawal berat badan & turunkan kolesterol

Kajian yang dilakukan oleh UPM dan diterbitkan dalam Journal of Natural Medicine pada tahun 2012 mendapati asam jawa bantu turunkan kolesterol LDL dan tingkatkan kandungan kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam darah. Bahan aktif dalam asam jawa dikenali sebagai hydroxycitric acid (HCA) bertindak mengurangkan pembentukan asid lemak.

Walau bagaimanapun, kandungan HCA dalam asam jawa lebih rendah (3.5g dalam 100g asam jawa) berbanding 30g dalam 100g bagi asam gelugur.

Apakah kebaikan bahan khasiat HCA ini?

  • Bantu kurangkan pembentukan lemak
  • Boleh tingkatkan tahap serotonin (bahan kimia otak), yang buatkan kita berasa kenyang.

Dos yang disarankan adalah ambil 10g asam jawa, bancuh bersama 100ml air suam dan madu asli.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Patutlah Popular Dekat Korea, Rupanya Black Garlic Boleh Melawan Sel Kanser!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×