Cantik

Tak ‘Confident’ Kulit Berminyak? Atasinya Dengan 6 Tips Paling Berkesan Ini

2
SHARES
TIPS HILANGKAN KULIT BERMINYAK

“Adoi, apa tips hilangkan kulit berminyak ni…”

Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka bertujuan untuk melindungi daripada kekotoran dan habuk namun antara masalah yang sering dihadapi adalah minyak berlebihan daripada apa yang diperlukan sehingga menyebabkan muka berjerawat.

Kulit muka berminyak bukan sahaja tidak selesa malah boleh mengurangkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang ramai. Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu, anda perlu ikuti 6 tips hilangkan kulit berminyak di bawah. Menjadi tau!

Baca juga: Hilangkan Masalah Mata Panda Guna Timun, Betul-Betul Menjadi!

6 TIPS HILANGKAN KULIT BERMINYAK PALING BERKESAN

TIPS HILANGKAN KULIT BERMINYAK

1. KERAP MENCUCI MUKA

Mencuci muka dengan kerap boleh mengurangkan jumlah minyak pada kulit. Kaedah yang disyorkan untuk mencuci kulit berminyak adalah:

– Cuci wajah dengan menggunakan pencuci muka rendah PH dan air suam.

– Elakkan memilih pencuci muka yang mengandungi pewangi atau bahan kimia yang tinggi kerana boleh mengeringkan kulit menjadikannya bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak sebum.

– Elak mencuci muka menggunakan loofah dan kain kasar kerana geseran tambahan boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak.

Jika langkah di atas tidak berkesan, beberapa produk penjagaan boleh membantu. Produk di bawah mengandungi asid yang boleh mengatasi kulit berminyak:

  • Asid salisilik
  • Asid glikolik
  • Asid beta-hidroksi
  • Benzoyl peroksida

Walau bagaimanapun, tidak semua orang sesuai menggunakan asid ini. Jadi, sebelum memulakan produk baru, gunakan pada bahagian leher atau pergelangan tangan terlebih dahulu.

2. GUNAKAN TONER

Toner astringen yang mengandungi alkohol cenderung untuk mengeringkan kulit. Walau bagaimanapun, menurut kajian 2014, astringen semula jadi seperti witch hazel boleh membantu masalah kulit berminyak.

Witch hazel mempunyai kandungan tannin yang tinggi menjadikannya astringen semula jadi dan anti radang namun produk ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

3. TEPUK MUKA SEHINGGA KERING

Biasanya, selepas mencuci muka dan menggunakan toner, rata-rata akan mengelap muka menggunakan tuala lembut. Teknik itu perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak sebum.

4. GUNAKAN BLOTTING PAPER

Blotting paper adalah kertas penyerap yang direka khas untuk menyerap minyak daripada kulit. Kertas ini tidak akan merawat pengeluaran sebum dalam kulit tetapi ia boleh digunakan untuk menghilangkan minyak berlebihan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kapas muka yang mengandungi bahan asid salisilik dan glikolik. Dengan cara ini dapat membantu menghilangkan minyak berlebihan sepanjang hari selain boleh membersihkan pori-pori dan kulit.

TIPS HILANGKAN KULIT BERMINYAK

5. GUNAKAN MASK MUKA

Pastikan anda memakai mask yang mengandungi bahan-bahan seperti di bawah:

Clay mask: Mengandungi mineral seperti smektit atau bentonit yang boleh menyerap dan mengurangkan minyak. Gunakan sebulan sekali sahaja untuk mengelakkan kulit kering.

Madu: Kajian 2011 melaporkan bahawa madu asli mempunyai kualiti anti bakteria dan anti septik. Pakai mask madu selama 10 minit boleh membantu mengurangkan jerawat dan kulit berminyak selain mengekalkan kulit lembut.

Oatmeal: Mask oatmeal mengandungi koloid boleh membantu mencerahkan kulit. Oat mengandungi saponin pembersih yang lembut, anti oksidan, dan sebatian anti-radang yang boleh melembutkan dan menghilangkan minyak.

6. PAKAI PELEMBAP

Sesetengah orang beranggapan sekiranya kulit muka berminyak, tidak perlu memakai pelembap. Ini sebenarnya salah kerana kulit yang berminyak boleh dikurangkan dengan penggunaan pelembap.

Kajian pada tahun 2014 mencadangkan lidah buaya boleh menjadi pelembap yang baik untuk merawat jerawat dan kulit berminyak.

Kesimpulannya, setiap orang harus mencari rutin penjagaan muka yang sesuai untuk mereka supaya kulit kekal sihat. Sekiranya kulit berminyak mengganggu anda, dapatkan nasihat pakar dermatologi untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Sumber: Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×