Sihat

Elak Jangkitan Kuman, 6 Bahagian Tubuh Badan Ini Perlu Dilindungi Sebaik Mungkin!

4
SHARES
bahagian tubuh badan

Percaya tak walaupun anda mandi 5 kali sehari, tetapi jika tidak basuh beberapa bahagian badan dengan teliti, semuanya tidak ada guna! Sebenarnya, ada beberapa bahagian tubuh badan yang anda tidak perasan memerlukan pembersihan dan penjagaan rapi.

Badan kita ini pandai, jika kita tidak menjaganya dengan baik, pasti ia akan bertindak balas. Malah, mungkin dapat mengundang bahaya seperti jangkitan.

Bak kata orang “Badan kita ni, nak pakai lama,”. Jadi, jom ikuti perkongsian daripada Dr. Sachin Dhawan mengenai bahagian tubuh badan yang memerlukan penjagaan teliti demi kebaikan kesihatan dan kebersihan semua.

Baca juga: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dari JAKIM. Sangat Mudah & Ringkas!

6 BAHAGIAN TUBUH BADAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN KETIKA MANDI

bahagian tubuh badan

1. LEHER 

Kebiasaannya ramai yang selalu abaikan bahagian tubuh badan ini kerana beranggapan air masih lalu di atasnya ketika membersihkan diri. Terutamanya ketika membasuh muka, mesti ramai yang terlupa untuk mencuci kawasan leher.

Sebenarnya, leher adalah bahagian yang cenderung untuk mengumpul banyak kulit mati, jadi anda perlu melakukan ‘gentle scrubbing’ menggunakan ‘natural scrub’ sekali seminggu.

Malah, anda perlu bersenam jika berat badan bertambah untuk mengelakkan bahagian leher yang gelap.

2. LUTUT

Lutut menyokong berat badan seseorang. Nampak bahagian badan yang biasa, namun sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar untuk menampung berat badan anda.

Kulit di bahagian tubuh badan ini akan menjadi tebal, kering dan gelap apabila terdapat geseran ketika bersenam. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu menggunakan tikar lembut ketika bersenam.

Kulit di bahagian ini tidak sepatutnya gelap. Oleh itu, anda juga perlu melakukan ‘body scrub‘ pada bahagian tubuh badan ini sekali seminggu.

bahagian tubuh badan

3.  KETIAK

Ketiak merupakan bahagian tubuh badan yang memerlukan penjagaan teliti lebih-lebih lagi kerana kawasan ini kerap mengeluarkan peluh. Peluh tersebut akhirnya menyebabkan bau badan yang tidak senang.

Cukur bulu dengan kerap untuk mengekalkan kebersihan diri. Anda perlu menggunakan ‘antiperspirant’ tanpa sebarang wangian supaya tiada alergi dan kegelapan di bahagian itu.

‘Antiperspirant’ berfungsi mengurangkan peluh dan seterusnya mengelakkan jangkitan. Bahagian tubuh badan ini juga akan menjadi lebih gelap jika menggunakan produk yang menyebabkan allergi.

Anda boleh mengamalkan krim ketiak yang mengandungi retinol setiap malam supaya bahagian bawah lengan menjadi lembut dan warna ketiak menjadi sekata dan tidak gelap.

4. KAKI

Bahagian tubuh badan ini juga antara bahagian yang sensitif. Pernah dengar kan masalah bau kaki? Selain menjejaskan diri sendiri, orang di sekeliling juga akan terkesan dengan keadaan ini.

Anda perlu menggunakan krim kaki pada setiap malam. Malah, cuba untuk berikan ruang pengudaraan antara kaki anda sebanyak mungkin. Stokin juga tidak boleh dipakai sepanjang masa.

Selain itu, kasut juga tidak boleh terlalu ketat supaya jangkitan kulat tidak  berkembang di celah-celah jari kaki. Pastikan kuku dipotong dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan jangkitan kulat pada kuku.

bahagian tubuh badan

5. PUSAT

Mesti anda tidak sangka yang pusat juga merupakan bahagian tubuh badan yang perlu dijaga sebetulnya. Nampak remeh, tapi itulah kebenarannya.

Hal ini kerana pusat adalah bahagian yang terdedah kepada pengumpulan lembapan terutama apabila tidak dibersihkan sewajarnya dan juga keadaan di mana perut yang sangat berat.

Jadi, pastikan bahagian pusat dikeringkan dengan baik selepas mandi menggunakan tisu atau kain lembut. Anda juga boleh memakai sedikit pelembap di pusat kerana kekeringan boleh berlaku pada kawasan itu.

bahagian tubuh badan

6. PAHA DALAM ATAU ‘INNER THIGHS’

Bahagian tubuh badan ini adalah kawasan yang terdedah kepada peluh. Jadi, mudah untuk mendapat jangkitan kulat di kawasan tersebut.

Semasa bersenam, pastikan guna bedak bebas talkum. Mandi dengan cepat sejurus selesai bersenam. Bulu di bahagian tersebut perlu diuruskan sewajarnya seperti di bahagian ketiak.

Tambahan, pakaian dalam anda mestilah lembut dan juga selesa. Untuk mengelakkan alahan kerengsaan ataupun ruam berlaku di kawasan paha dalam, jangan memakai pakaian dalam sintetik.

Jadi, amalkan penjagaan yang sewajarnya pada 6 bahagian tubuh badan ini untuk kebersihan diri sendiri. Ingat, jangan langkau satu pun bahagian-bahagian tubuh badan ini! Boleh tampak lebih yakin dengan tubuh badan anda pada masa depan!

Sumber: Healthshot

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×