Famili

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dari JAKIM. Sangat Mudah & Ringkas!

120.5K
reads
Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

Foto Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM

1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Wallahu’alam

Video Cara Mandi Wajib Yang Ringkas

Ini bukan video orang mandi wajib. Ia penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.

Sumber: Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

Carian Yang Berkaitan:

  • cara mandi wajib
  • mandi wajib
  • cara cara mandi wajib
  • cara mandi wajib yang betul
  • niat mandi wajib
  • cara mandi junub
  • cara2 mandi wajib
  • cara mandi wajib dengan betul
  • cara-cara mandi wajib
  • cara mandi wajib lelaki
48 Comments

48 Comments

  1. sharum shaari

    September 26, 2014 at 9:05 am

    Tahniah
    Dapat membantu menambah ilmu Dan membaiki kelemahan

  2. deen

    September 27, 2014 at 10:36 am

    Info yg bgus, terangkan juga menyiramkan air tu secara lebih terperinci. Cth mengunakan “shower” , ini kerana ada lagi yg mengajarkan kanak2 mengunakan baldi yg mana tidak praktikal utk masa kini.

    • eh

      October 6, 2014 at 10:21 pm

      klau psl shower, rasanya yg kene highlight ialah….jgn over pakai air lol

      • Meyo

        April 8, 2016 at 3:48 am

        Hahaha

  3. lembucomel

    February 6, 2015 at 12:13 pm

    Thanks I learnt a lot!

  4. izzah

    February 22, 2015 at 8:34 pm

    Salam. Saya nak tanya, sedang saya mandi wajib, saya monolog kate mandi mcm biasa tapi niat utama memang sy mandi wajib. Adakah niat mandi wajib terbatal? Tapi sy teruskan untuk meninggalkan was-was. Mohon pencerahan.

  5. apai

    February 28, 2015 at 4:00 pm

    Jika dkat badan ad luka-2 contoh melecet,koyak/luka yg xbrape besar mcam mne pulak

  6. muhammas fariz

    March 4, 2015 at 8:57 am

    Assalamualaikum. Jika hendak mandi wajib. Ketika mandi itu saya menggunakan sabun sekali. Adakah ia terbatal atau tidak ?? Terima kasih.

    • insan hina

      February 9, 2016 at 3:38 pm

      kena asingkn antara mandi dengan sabun & mandi dengan air mutlak..kerana air yg bercampur sabun sudah tidak dikira air mutlak

  7. aditya

    April 3, 2015 at 11:02 am

    alhamdulilah

  8. qaseh

    May 5, 2015 at 7:58 pm

    Salam..nak tanya sah ke mandi wajip…jirus air di atas kepala
    .semasa air sentuh kepala kita niat..lepas tu jirus badan sebelah kanan..lpas tu kiri…selesai smua tu..ambk air smbhyg krcuali kaki..sabun..syampu kpala..lpas selesai basuh kaki…adakah sah????

  9. qaseh

    May 5, 2015 at 8:13 pm

    salam…nak tnya..adakah sah?? sekiranya saya nk mandi wajip…ketika air jatuh atas kepala,saya niat..lepas tu basuh badan( gosok celah2 badan ) sebelah kanan dan kiri…ambik air sembahyang kecuali kaki…lepas tu mndi dengan sabun n syampu..selesai semua..saya bsuh kaki..adakah ia sah??? mohon penjelasan…

  10. azam

    May 13, 2015 at 1:43 pm

    Saya mahu tanya , ketika mandi wajib tutup aurat kah atau tidak bagi lelaki . Tlong jawab ?

  11. alip

    June 19, 2015 at 9:53 pm

    Waktu bila kita boleh membasuh punggung kita.sebelum memulakan mandi wajib atau selepas. Mintak penjelasan

  12. hamba allah

    June 24, 2015 at 7:26 pm

    assalam .. nak tanya sah ke mandi wajib jika mandi begini
    1.niat setelah air kena tubuh
    2.basuh kepala
    3.basuh kanan badan
    4.basuh kiri badan
    5.basuh kemaluan
    sah ke tanpa cangkung dan berwuduk ?
    harap balas

    • Cara Mandi Wajib

      July 29, 2015 at 6:54 am

      Insyaallah boleh asal tata caranya sudah selesai dilakukan.. Wallahua’lam

  13. ditopalala

    July 13, 2015 at 5:46 am

    Saya mau tanya , sah kah mandi wajib yang begini ,,,,,,saya bacaniat sebelum mandi habistu mandi dan pakai sabun keseluruh tubuh habistu saya bersih kan dengan air habistu slesai ,,,,, sah kah mandi wajib saya itu ,,,,,,,, mohon di jwb nambah2 pengetahuan ,,,,,,,harap di jwab ya

  14. Sheila

    August 13, 2015 at 2:45 am

    Terima kasih!!☺

  15. rez

    August 31, 2015 at 6:59 am

    kalau ada yang lupa gimana?

  16. norbazilatul khairiah binti mohammad nordin

    September 18, 2015 at 8:15 am

    U-55 KAMPUNG UBAI KUANTAN,PAHANG DARUL MAKMUR

  17. Nana

    October 26, 2015 at 7:48 pm

    Bolehkah saya bertanya…..?^^part yang mengambil wuduk tu ketika mandi wajib Dan ketika selesai mandi wajib (sebelum mengerjakan solat fardu)…jadi ketika mandi kena amik wuduk 2 Kali lah kiranya…?^^yg amik wuduk ketika mandi wajib tuh (selepas mencuci tangan ngan sabun alibat kemaluan ngan tangan kiri)…tu kena pakai tuala jugak ke…?^^^mohon pencerahan…sebab macam 2 Kali kena amik wuduk

  18. wafa

    March 6, 2016 at 5:09 pm

    akhinya bisa tahu juga

  19. Anonymous

    April 11, 2016 at 6:01 pm

    Terima Kasih Untuk share saya akan share ke pada kwn² saya juga

  20. Mawaddah Hasanah

    May 6, 2016 at 8:49 am

    Terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Kerana ia memudahkan bagi orang yang baru pertama kali keluar haid ataupun bersetubuh..

    • Doktor Afiq Muiz

      May 6, 2016 at 8:57 am

      Umur anda sekarang berapa??

  21. Mohamad Hafiz

    May 15, 2016 at 6:14 am

    Assalammualaikum Ustaz Saya Ingin bertanyakan satu soalan, Bolekha Mandi Wajib, junub Dan Mandi sunat Dengan Tidak Memakai Baju atau seluar (Berboge)

    • khairul izyan ajik

      May 18, 2016 at 11:43 am

      boleh tu..sbb mmng sngat dianjurkan oleh Rasulullah..

  22. Mohamad Hafiz

    May 15, 2016 at 6:16 am

    Cara Yang Mudah senang Di lakukan Thanks Info Teribaik Mandi Wajib Ini

  23. khairul izyan ajik

    May 18, 2016 at 11:39 am

    terima kasih atas infonya..

  24. muhdfarhan

    June 27, 2016 at 2:06 am

    Jika celah kemaluan ade kesan luka yg masih tidak kering…sah ke tidak mandi wajib kita

  25. Amir**

    September 10, 2016 at 5:24 am

    Assalam. Saya nk tye psl mndi wjib ni. Klau saye mndi mcm biase dlu,siap sbun ape smua. Then dh hbis mndi,bru saye niat mndi wjib,then saye cuma mndi lgi skali tnpa sbun(mratekn air ksluruh bdan). Adakah mndi saye sah??

  26. Bacaan Doa

    October 12, 2016 at 8:53 am

    makasih informasinya bermanfaat sekali ….

  27. Sharifah

    April 3, 2017 at 7:04 pm

    Nk mndi wajib tu.. wuduk tu kne niat wuduk jgk ke .. ataupun niat mndi wajib shj?.. wuduk tu xyh niat.. mohon penjelasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top