Nur

Empat Jenis Mandi Wajib Perempuan Kena Ambil Tahu & Berserta Niat Dalam Rumi

2
SHARES
jenis mandi wajib

Artikel perkongsian kali ini adalah mengenai jenis mandi wajib untuk wanita yang perlu diambil tahu kerana ia merupakan salah satu ibadah wajib.

Ia diwajibkan dalam keadaan tertentu seperti selepas haid, nifas, atau selepas berlakunya persetubuhan. Ini  bertujuan memastikan kebersihan diri sebelum melaksanakan ibadah seperti solat.

Baca juga: Rupanya Ini ‘Rahsia’ Lantai Di Masjidil Haram Sentiasa Sejuk, Nyaman Dipijak Walau Cuaca Panas Terik

JENIS MANDI WAJIB PARA WANITA KENA TAHU

JENIS MANDI WAJIB

Jenis mandi wajib yang perlu diambil tahu adalah seperti berikut:

1. Mandi junub

Mandi junub adalah mandi yang dilakukan untuk membersihkan tubuh setelah berhubungan intim/setelah melakukan aktivitas seksual.

Nawaitul-ghusla lirafil hadatsil-akbari minal-jinâbati fardlan lillâhi ta’ala

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الْأَكْبَرِ مِنَ الْجَنَابَةِ فَرْضًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Aku niat mandi untuk menghilangkan hadats besar dari janabah, fardhu karena Allah ta ala.”

2. Mandi nifas

Mandi nifas adalah mandi yang wajib dilakukan wanita ketika sudah selesai masa nifasnya (40 hari pasca melahirkan)

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ حَدَثِ النِّفَاسِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitul ghusla liraf i hadatsin nifaasi lillahi Ta aala.

Maksudnya: “Aku niat mandi wajib untuk menyucikan hadas besar dari nifas karena Allah Taala

3. Mandi setelah haid

Mandi setelah haid adalah mandi yang dilakukan wanita setelah selesai menstruasi(datang bulan)

نَوَيْتُ غُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الْأَكْبَرِ مِنَ الْحَيْضِ فَرْضًا لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitu ghus a lirafil hadatsil akbari minal haidhi fardhan lillaahi ta’aalad.

Maksudnya: “Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar disebabkan haid karena Allah Ta ala.”

4. Mandi wiladah

Mandi yang dilakukan ketika wanita selesai melahirkan. Termasuk wanita yang bersalin secara pembedahan dan keguguran walaupun hanya segumpal darah.

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الْأَكْبَرِ عَنِ الْوِلَادَةِ لِلّٰهِ تَعَالٰى

Nawaitul ghusla lirafil hadatsil akbari ‘anil wilaadati lillaahi ta’aalad.

Maksudnya: “Aku berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar sebab wiladah karena Allah Taala.”

Kesimpulannya, memahami jenis-jenis mandi wajib serta cara pelaksanaannya dapat membantu setiap individu menjalankan tanggungjawab agama dengan sempurna.

Baca juga: Doa Elak Musibah Atau Kemalangan Di Jalan Raya, Jadikan Amalan Setiap Kali Keluar

Sumber: Facebook Fatimah Zahra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×