Bermadu dan dipaksa mandi bersama, itulah luahan dua orang wanita yang tular di media sosial. Tindakan tersebut disuruh oleh bekas suaminya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Luahan itu sudah tentunya mendapat perhatian rata-rata pengguna media sosial kerana tindakan itu sungguh menjijikkan dan tidak disangka-sangka.
Baca juga: Cium Jenazah Isteri/Suami Itu Sunnah, Tak Ada Masalah Kalau Terkena Air Mata
BERMADU & PAKSA MANDI BERSAMA, PENDAKWAH JELAS HUKUM
Selain itu, perkara ini turut mendapat perhatian seorang penyampai radio dan pendakwah Tajdid Hadhari. Beliau memuat naik satu video di akaun TikTok mengenai hukum melakukan tindakan sedemikian.
“Bila sebut tentang tidur bersama bahkan dalam ‘bersama’ sebenarnya ia tidak boleh. Hukumnya adalah haram. Dalam hadis Riwayat At Tabrani, ada mengatakan bahawa perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq,” ujarnya.
Nabi SAW bersabda bahawa perbuatan sihaq atau melihat aurat sesama sendiri antara dua orang wanita itu hukumnya adalah zina.
Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW turut bersabda:
“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain. anganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jaga, tak boleh hukumnya haram,” hadis riwayat Imam Muslim.
Beliau turut memberi contoh sekiranya kedua-dua isteri berada dalam satu bilik dan salah seorang daripada mereka berjimak walaupun si isteri reda, hukumnya tetap haram.
Hal ini kerana perbuatan itu dianggap satu kehinaan yang boleh menjatuhkan akhlak peribadi seseorang. Maka tidak boleh sekalipun seseorang itu reda.
“Namun, sekiranya dalam rumah yang sama tetapi dalam bilik berbeza. Maka dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu sama,” jelasnya.
Beliau turut memberi nasihat agar para suami di luar sana tidak terikut dengan budaya ini kerana ia sangat tidak bermoral walaupun kedua-dua isteri reda dilakukan sebegitu.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua. Kedua-dua isteri perlu dilayan secara baik walaupun bermadu.
Baca juga: Hukum Isteri Minta Cerai Sebab Suami Hutang Keliling Pinggang & Nak Muflis
Sumber: TikTok Ustaz Bola