40 Minggu

Doa Untuk Kaum Wanita Amalkan Agar Rahim Kuat, Barulah Senang Nak ‘Lekat’ Anak

15
SHARES
RAHIM PEREMPUAN

Seperti mana kita tahu, pemakanan yang seimbang membantu untuk menguatkan rahim perempuan terutama ketika mengandung untuk mengelakkan keguguran.

Selain mengambil makanan bersesuaian, ada doa kuatkan rahim perempuan anda boleh amalkan membaca setiap hari seperti dikongsikan oleh penulis. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Kaum Wanita Baca dan Amalkan Doa Ini, Elak Jadi Mangsa Jenayah Rogol

DOA KUATKAN RAHIM PEREMPUAN, BOLEH AMALKAN BACA

RAHIM PEREMPUAN

Antara doa kuatkan rahim perempuan boleh dibaca adalah seperti di bawah:

1. Membaca surah al-Fatihah

2. Membaca 3 qul iaitu surah al-Falaq, surah an-Nas dan surah al-Ikhlas

RAHIM PEREMPUAN

3. Baca surah al-Muminun ayat 115 hingga 118

RAHIM PEREMPUAN

Maksud ayat 115: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Ayat 116: Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

Ayat 117: Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

Maksud ayat 118: Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”

Selain itu, anda juga dianjurkan untuk membaca doa di bawah ini untuk kuatkan rahim perempuan agar keguguran tidak berlaku.

– Membaca surah al-Hijr ayat 97, 98 dan 99

RAHIM PEREMPUAN

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

– Membaca zikir Ya Mubdi

Suami dinasihatkan agar membaca zikir di atas sebanyak 99 kali pada waktu sebelum fajar sambil meletakkan tangan di atas perut isteri.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Baca juga: Jangan Lupa Buang Sampah & Sisa Makanan Sebelum Tidur, Takut Ada Yang ‘Datang’!

Sumber: Rawatan Islam Al-Mujahidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×