Nur

Kaum Wanita Baca dan Amalkan Doa Ini, Elak Jadi Mangsa Jenayah Rogol

30
SHARES
DOA PENDINDING DIRI

Malapetaka boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga walau di mana sahaja anda berada. Antara usaha boleh dilakukan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku adalah dengan membaca doa pendinding diri.

Perkongsian doa di bawah ini boleh dibaca untuk menghidari diri atau ahli keluarga perempuan dirogol oleh penjenayah tidak bermoral di luar sana. Ikuti artikel penuh di bawah.

Baca juga: Jangan Lupa Buang Sampah & Sisa Makanan Sebelum Tidur, Takut Ada Yang ‘Datang’!

DOA PENDINDING DIRI, BACA UNTUK ELAK KENA ROGOL

DOA PENDINDING DIRI

Doa elak diri dirogol:

DOA PENDINDING DIRI

Allahumma in kunta ta’lamu inni aamantu bika, wa birasulika wa ahsontu farji illa ‘ala zawji fala tusallit ‘alayya al-kafir wa az-zalim.

Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim.”

Selain itu, ada juga doa pendinding diri anda boleh baca untuk mengelakkan sebarang kejadian negatif berlaku seperti dirogol.

Doa elak anak dirogol:

DOA PENDINDING DIRI

Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim.”

Setiap perkara yang dilakukan mesti seiring dengan usaha. Hal ini bermakna sebagai wanita, perlu menjamin pakaian sentiasa menutup aurat dan tidak terlalu ‘tersembul’ sehingga menarik perhatian lelaki.

Selain itu, sentiasa bersederhana dalam menggunakan perhiasan kerana sekiranya berlebihan boleh menyebabkan lelaki mudah tergoda.

Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi ini.

Sebagai lelaki, anda juga perlu sentiasa terapkan sifat bertanggungjawab dalam diri dan menghormati wanita seperti ibu sendiri.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan kita semua dihindarkan daripada perkara negatif.

*Doa ini tidak terhad kepada elak dirogol sahaja. Apa sahaja perlindungan daripada musibah boleh dibaca.

Baca juga: Perbuatan Minta Sedekah & Mengemis Tanpa Keperluan Adalah Dilarang Dalam Islam

Sumber: Facebook Murtadha Dakwah Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×