Mencari rezeki melalui berniaga sudah semestinya disukai malah dilakukan oleh Rasulullah SAW pada zaman dahulu. Namun, menjadi adat manusia buat sesiapa sahaja yang berniaga lebih laku dari orang lain, akan ada sahaja unsur ilmu hitam yang dihantar supaya perniagaan hancur. Oleh itu, amalan pendinding diri adalah amat penting sebelum anda mula berniaga!
Berikut merupakan beberapa persiapan diri yang boleh dilakukan serta perlu dijaga jika anda memilih untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. InsyaAllah, sentiasa akan dilindungi dan terhindar dari sebarang penyakit sihir.
Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!
SENARAI AMALAN PENDINDING DIRI UNTUK YANG BERNIAGA, JANGAN KOSONG SAHAJA!
Siapa yang meniaga, jangan kosong ya.. kena siapkan diri dengan amalan dan penting sekali jaga amal.
1.Amalan sebelum tidur
Baca ayat Qursi, Al-Kafirun, Al-Ikhlas 3 kali, Bismillah 41 x, Tasbih Fatimah. Laqodjaakum dan niatkan supaya Allah hantar tenteranya untuk benteng diri kita. Bayangkan kita dah bina tembok kukuh keliling kita dan tiada yang dapat menembusi tembok tersebut. Jika ada amalan lain pun boleh asalkan sebelum tidur mesti kemaskan diri dan tauhid.
2.Amalan awal pagi
Hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW, Nabi Khidir AS, kedua ibu bapa dan suami atau isteri, ulama, guru kita dan malaikat tertentu yang besar pangkatnya, diikuti istighfar kabir, selawat 1K sekurangnya. tahlil 100.
3.Jika nak keluar rumah, langkah kaki kanan baca…
بسم الله توکلت علی الله،
Baca { وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَیۡنِ أَیۡدِیهِمۡ سَدّا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدّا فَأَغۡشَیۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا یُبۡصِرُونَ }- [Surah Yā-Sīn: 9] bc dalam satu nafas.
Kemudian baca:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Amalan harian yang perlu buat:
1. Mengaji fardu ain sama ada bertalaqqi atau secara dalam talian. Carilah guru yang masyhur dari kalangan ahli sunnah waljamaah. Kena siap sediakan masa dalam sehari paling kurang 1 jam.
Kalau dapat lebih, Alhamudlillah lagi baik. Tapi jangan mengurangi majlis ilmu, kerana bila kita tidak lazimi hidup seharian dengan majlis ilmu, satu titik hitam akan tersisa dalam qalbu. Bila lama meninggalkannya, lama-kelamaan hati menjadi zulmah kerana dipenuhi titik hitam. Sebab itu hati jadi keras, mudah marah, mudah bersangka, jadi malas nak buat amal yang wajib apatah lagi yang sunat.
2. Usaha setiap pagi buka dengan selawat seribu kali, selawat yang paling ringkas tapi besar menafaatnya adalah selawat Jibril. Dalam selawat ada rahmat Allah yang mencurah, ada istighfar para malaikat untuk kita dan doa untuk diri kita sendiri. Usahakan untuk habiskan selawat sekurang-kurangnya seribu sehari. Jika ada selawat lain yang hafal, boleh baca sambil buat kerja, sambil drive, sambil dodoikan anak, sambil masak bila-bila masa saja asalkan bukan di dalam tandas.
3. Amalkan tahlil sekurangnya 100 kali atau 300 kali pagi dan petang atau bila-bila masa, tapi jangan mengurangkannya. Kalau dapat baca tahlil maksus lagi baik, kalau tak hafal baca tahlil biasa memadai.
4. Setiap malam lepas maghrib adalah waktu yang paling baik baca Quran, maka lazimilah Al-Quran dalam waktu itu. Jangan tinggal surah lazim ini, as sajadah (sekali baca Allah akan tumbuhkan sepohon pokok di dalam syurga kita, sebatang pokok itu 500 tahun perjalanan mengelilinginya). Baca yasiin (jantung al quran) baca al waqiah (Allah akan luaskan rezeki dan kurniakan keberkatan dalam hidup), baca al mulk (akan menjadi cahaya cahaya di dalam kubur). Insyaallah apa jua kebaikan yang kita buat, jangan mengharapkan ganjaran semata-mata, tapi harap redha Allah kepada kita.
5. Amalan pagar diri awal pagi lepas sembahyang subuh dan waktu petang (asar)
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا
3x
بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
3x
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فىِ اْلاَرْضِ وَلاَ فىِ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ
3x
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩) baca 10x
Ayat qursi 1 kali, ayat seribu dinar 1 kali, bismillah 5 1x (hembus dekat tapak tangan, sapu dari kepala sampai hujung kaki niat dan bayangkan pagar diri dari segala kejahatan jin dan manusia), inshaAllah.
6. Untuk kuatkan badan dan tulang amalkan juga baca bismillah 7 3x (caranya hembus dekat tapak tangan, sapu pada seluruh badan bermula dari atas kepala, sampai pinggang tepuk 3x dengan kedua tapak tangan, kemudian lurutkan sampai hujung kaki) inshaAllah.
7. Amalkan juga ayat Nabi Sulaiman
إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمَٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
*InshaAllah apa juga amalan yang kita lakukan, segalanya sandarkan kepada Allah kerana yang memberi afait atau mudarat itu semuanya dari Allah. Sebagai hamba usaha berterusan, barulah tawakkal kepada Allah.
Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!
Sumber: Ahliah Aizam