DIY & Kraf

5 Cara Cuci Barang Kemas Di Rumah, Jimat Duit & Confirm Berkilat-Kilat!

2
SHARES
cuci barang kemas

Barang kemas sudah tentunya diminati oleh rata-rata wanita. Namun jika dipakai selalu ia boleh menyebabkan pudar dan kurang berkilat. Selain mencuci di kedai, anda boleh cuci barang kemas sendiri di rumah dengan menggunakan beberapa bahan.

Bahan-bahan tersebut sudah tentunya mudah untuk didapati dan murah. Tak perlu keluar duit banyak-banyak tetapi hasilnya pasti puas hati. Jom cuba!

Baca juga: 4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Hantar Kedai

5 CARA CUCI BARANG KEMAS DI RUMAH, BERKILAT-KILAT

cuci barang kemas

Kredit: House Cleaning Services Madison, WI

Ramai sebenarnya yang masih belum cuba mencuci barang kemas dengan menggunakan ammonia. Jika anda nak cuba, ini caranya:

1. Ammonia & air suam

Bahan-bahan:

– Campurkan ammonia dan air ke dalam mangkuk.

– Kemudian, letakkan barang perhiasan anda  ke dalam bekas dan biarkan selama kira-kira 15 minit.

– Selepas itu, gosok menggunakan berus gigi secara perlahan-lahan untuk menanggalkan kotoran.

2. Cuka

Cuka boleh membantu membersihkan emas dan batu permata. Caranya mudah sahaja:

– Tuangkan cuka ke dalam mangkuk dan masukkan barang perhiasan.

– Biarkan selama 15 minit dan sental menggunakan berus gigi.

– Kemudian, cuci dengan air biasa dan biarkan kering.

3. Ubat gigi

Ubat gigi antara cara untuk membersihkan barang kemas yang paling berkesan. Anda hanya perlu:

– Campurkan satu sudu air suam dan sedikit ubat gigi untuk dijadikan pes.

– Kemudian gosok barang kemas menggunakan pes tersebut.

– Bilas dan biarkan kering.

4. Air panas

Batu permata tidak sesuai menggunakan kaedah ini. Hanya emas sahaja boleh menggunakan teknik air panas ini. Caranya:

– Didihkan air dan masukkan barang kemas.

– Biarkan air sehingga sejuk dan gosok menggunakan berus gigi secara perlahan-lahan.

5. Air sabun

Air sabun boleh membuatkan barang kemas anda kembali berkilat. Caranya:

– Campurkan dua cawan air suam dan beberapa titis pencuci baju atau sabun basuh pinggan.

– Kemudian, masukkan barang kemas ke dalam larutan dan lap menggunakan kain.

– Cuci bersih dan keringkan.

Mudah sahaja kan? Tak perlu mahal-mahal untuk kilatkan barang perhiasan anda.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Perabot Kayu Guna Cuka, Baru Kekal Berkilat & Habuk Susah Melekat!

Sumber: Tips Bulletin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×