DIY & Kraf

Rupanya Ini Cara Betul Cuci Cermin Guna Surat Khabar, Patutlah Selama Ni Tak Berkilat!

32
SHARES
cara cuci cermin

Cara cuci cermin menggunakan surat khabar merupakan antara teknik popular dan menjadi pilihan ramai. Walau bagaimanapun, anda perlu ketahui beberapa tips agar cermin lebih berkilat dan kotoran tidak melekat.

Perlu diingatkan jangan sesekali mencuci cermin dengan menggunakan air biasa dan surat khabar sahaja. Hal ini kerana akan menyebabkan cermin bertompok-tompok dan meninggalkan kesan yang tidak diingini.

Baca juga: Jangan Pening-Pening, Cuba 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Kulat Dinding. 5 Minit Dah Settle!

CARA CUCI CERMIN GUNA SURAT KHABAR DENGAN BETUL

cara cuci cermin

Kredit: Daily Express

Jadi, cuci cermin guna surat khabar perlu dicampurkan dengan 3 pilihan di bawah.

1. Cuka putih

Selain digunakan dalam masakan, cuka juga boleh mengilatkan cermin rumah. Caranya adalah:

– Campurkan satu sudu cuku ke dalam air suam.

– Kacau sehingga sebati dan tuang ke dalam botol semburan.

–  Sembur larutan cuka pada cermin rumah dan gunakan surat khabar untuk membersihkannya.

Kaedah ini bukan sahaja untuk cermin di rumah tetapi tingkap kereta juga boleh. Barulah berkilat macam baru beli!

2. Sabun cuci pinggan

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu:

– Campurkan sabun cuci pinggan dan air panas ke dalam besen.

– Celupkan sekeping surat khabar dan gunakan untuk membersihkan cermin yang kotor.

– Setelah kotoran hilang, gantikan kertas lembap dengan surat khabar kering untuk membersihakan larutan.

Dengan melakukan cara ini, cermin rumah pasti berkilat-kilat dan tiada lagi kotoran atau debu melekat.

3. Cara cuci cermin – guna air tapis

Masih ramai lagi tidak tahu sebenarnya mencuci cermin menggunakan air paip boleh menyebabkan bertambah kotor dan tidak berkilat.

Jadi, anda digalakkan untuk menggunakan air tapis sekiranya mencuci cermin agar permukaan kaca tidak meninggalkan sebarang kotoran selepas kering.

Itu sahaja tiga cara mencuci cermin menggunakan surat khabar dengan betul. Tak perlu sental lama-lama, confirm cermin berkilat!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Sebelum Guna Lesung Batu Baharu, Cuci Dulu Macam Ini…Confirm Bersih & Tak Ada Debu

Sumber: Tips Bulletin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×