DIY & Kraf

Cara Buat Air Baja Guna Kulit Tembikai, Confirm Tanaman Lebih Subur & Elok Kejadiannya!

157
SHARES
AIR BAJA KULIT TEMBIKAI

Sekiranya tanaman di rumah cepat layu dan mati, anda perlu cuba menggunakan air baja kulit tembikai buatan sendiri. Menerusi perkongsian Azuan Abdullah di laman Facebooknya, mol buah tembikai boleh membuatkan tanaman lebih subur dan berkualiti.

Cara pembuatannya sangat mudah kerana memerlukan dua bahan utama sahaja. Ikuti penjelasan lanjut mengenai air baja kulit tembikai di bawah.

Baca juga: Dalam Sebulan Dah Dapat Hasil, Ini Cara Tanam Timun Jepun Paling Simple!

CARA BUAT AIR BAJA KULIT TEMBIKAI, TANAMAN LEBIH SUBUR

AIR BAJA KULIT TEMBIKAI

Daripada buang lebih baik saya proses buat mol buah. Lagipun stok mol buah pun dah tinggal sedikit sahaja.

Bahan-bahan:

  • Kulit tembikai 1.5 kg
  • Gula merah 1.5 kg
  • Bekas yang sesuai
  • Kertas putih dan tali

Cara-caranya:

1. Kupas kulit warna hijau dan ambil lapisan yang warna putih sahaja. Tujuannya supaya proses pengekstrakan dapat berlaku dengan sempurna.

Nak guna isi sekali pun boleh, tapi rugi la kan. Elok kita makan isinya. Lagipun kulit putih lebih tinggi kandungan potassium berbanding isi.

2. Potong nipis-nipis. Semakin nipis dan semakin luas permukaan, lagi bagus.

3. Masukkan sedikit gula merah kedalam bekas. Memadai gula merah menutup dasar bekas.

4. Masukkan kulit tembikai dan tabur sekata di atas permukaan gula merah.

5. Proses 3 dan 4 dibuat secara bergilir-gilir. Kira ala-ala macam buat kuih lapis gitu. Yang penting bahagian atas sekali mesti gula merah.

6. Tutup dengan kertas putih dan ikat bagi ketat.

7. Simpan di tempat redup selama 7 hingga 10 hari.

8. Selepas 7 hingga 10 hari diperam, tapis ambil cecairnya sahaja.

9. Botolkan dan simpan di tempat redup. Penutup botol tidak diketatkan atau dilubangkan supaya sentiasa ada udara yang keluar masuk. Boleh bertahan 2-3 tahun.

10. Bila nak guna, ambil 2-5 ml mol tembikai dan dicampurkan dengan 1 liter air tanpa klorin. Boleh juga ditambah dengan mol lain dan racun organik sekali.

11. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali.

Mol buah ini sangat bagus untuk kita spray pada mana-mana tanaman yang berbuah semasa peringkat berbunga. Di dalamnya ada kandungan potassium yang agak tinggi berbanding dengan mol-mol yang lain.

Kalau tak percaya, cubalah…

Baca juga: 6 Tips Pilih Tembikai Susu Yang Manis & Banyak Air, Baru Duit Tak Melayang

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×