DIY & Kraf

Dalam Sebulan Dah Dapat Hasil, Ini Cara Tanam Timun Jepun Paling Simple!

1.1K
SHARES
cara tanam timun jepun

Pokok timun jepun merupakan sayuran paling mudah ditanam kerana dalam masa sebulan sahaja sudah dapat melihat hasilnya. Walau bagaimanapun, cara tanam timun jepun perlulah menggunakan teknik yang betul dan baja bersesuaian seperti perkongsian pengguna Facebook. Jom kita baca!

Baca juga: Patutlah Pokok Mati Walaupun Dah Siram, Salah Waktu Rupanya!

CARA TANAM TIMUN JEPUN, SEBULAN DAH DAPAT HASIL

– Saya menggunakan tanah hitam sawit. Polybag 24×24 3 pokok satu polybag. Seeloknya 2 pokok dah cukup sebab daun terlalu rimbun. Time ni boleh letak baja organik, tahi ayam atau baja kopi.

cara tanam timun jepun

– Teruskan pakai baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 dan 161616. Letak sedikit sahaja jangan banyak sangat. Nanti daur akan terbakar kalau lebih. Hanya pkai seminggu sekali sahaja.

cara tanam timun jepun

– Bila pokok dah naik, boleh lilit ke atas.

cara tanam timun jepun

– Bila pokok dah mula keluar bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 atau 131321. Brand apa pun tak apa.

cara tanam timun jepun

– Teruskan pakai baja buah sehingga buah boleh dipetik.

cara tanam timun jepun

Mudah sahaja kan? Memang puas hati bila dapat makan hasil tanaman sendiri.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kunyit Paling Mudah, Hasilnya Memang Puas Hati!

Sumber: Facebook MN Ariff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×