Deko & Hias

Semburan Serbaguna Elak Tanaman Diserang Serangga, Memang Subur!

16
SHARES

Bila tanaman diserang serangga memang pening kepala dibuatnya kerana pelbagai cara sudah dicuba tetapi tidak menjadi. Lebih menyedihkan jika itu merupakan tanaman pertama dan sudah tentunya anda berharap ia kekal subur.

Untuk mengelakkan anda bersedih melihat tanaman mati, berikut kami kongsikan semburan serbaguna yang boleh dicuba untuk pastikan tanaman tidak diserang serangga. Mudah dan jimat!

Baca juga: Cara Tanam Ubi Kentang Guna Polibeg, Paling Simple!

SEMBURAN SERBAGUNA ELAK TANAMAN DISERANG SERANGGA

Air kuciba, air rebusan bunga cengkih, air basuhan beras dan cuka kayu.

Saya nak share cara saya buat DIY kawalan serangga dan kegunaan air basuhan beras. Ini semua saya buat bila saya free. Saya simpan dalam suhu bilik. Petang atau pagi boleh spray. Memang hasilnya berbaloi. Pokok-pokok sihat dan tak kena serang. 

– Untuk air rebusan bunga cengkih, boleh guna 4 sudu makan bunga cengkih dan rebus dengan 1.5L air biasa.

– Dah mendidih, tutup api dan sejukkan. Kemudian tapis dan boleh masukkan ke dalam botol spray dan spray ke daun-daun yang bermasalah terutamanya kerinting dan diserang bena, whitefly serta hawar pucuk minor.

– Air basuhan beras lebih kepada baja semulajadi. Peram selama 24 jam dan esoknya siram pada pokok.

– Cuka kayu pula, campurkan 5ml cuka kayu & 1.5L air biasa. Spray pada daun yang bermasalah juga. Digalakkan spray pada waktu petang.

– Baja yakult telur. Sediakn sebotol yakult dan dua biji telur ayam. Pecahkan telur, masukkan yakult dan kacau sehingga kembang.

– Peram dalam suhu bilik selama 3-7 hari. Selepas tempoh tersebut, dah boleh guna. Ambil 5ml baja yakult +1L air biasa dan sembur pada daun. Sesuai digunakn pada waktu pagi seminggu sekali.Untuk pokok berbunga dan berbuah.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×