Dapur

Rahsia Simpan Santan Segar Kekal Elok Berbulan-Bulan, Rupanya Kena Guna Teknik Ini

89
SHARES
santan segar

Cara simpan santan amat penting untuk memastikan agar kekal elok dan tidak basi. Menerusi perkongsian Nur Aida Md Zainuddin di laman Facebooknya, dia lebih memilih untuk menyimpan santan segar yang dibalut menggunakan surat khabar.

Jelasnya, santan tersebut akan kekal cair walaupun diletakkan di bahagian freezer. Lebih mudah dan cepat kalau nak guna. Betul tak?

Baca juga: Cara Betul Simpan Kuetiau & Mi Kuning Dalam Peti Ais, Boleh Tahan Berminggu-Minggu

TIPS SIMPAN SANTAN SEGAR TAHAN BERBULAN

santan segar

Ramai ada masalah bila nak guna santan, kita beli awal-awal buat stok dalam peti lepas dan keras. Kena cairkan dulu sebelum masak tapi lama pula tunggu.

Ada cara mudah nak simpan santan agar kekal cair dan tak beku walaupun letak di bahagian freezer. Jom cuba.

Cara-caranya adalah:

1. Basahkan surat khabar. Balut santan dengan menggunakan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.

2. Kemudian simpan di dalam peti ais macam biasa. Saya simpan dalam deep freezer.

3. Bila nak guna nanti buka balutan surat khabar tu akan perasan yang mengeras cuma kertas surat khabar. Santan masih lagi cair dan tak keras.

4.  Boleh gunakan santan terus untuk memasak.

Lebih menarik lagi, cara ini boleh membuatkan santan tahan berbulan-bulan. Tak payah susah-susah beli dah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Goreng Ikan Cencaru Sumbat Isi Tak Keluar & Sambal Tak Hangus, Elok Kejadiaanya!

Sumber: Facebook Nur Aida Md Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×