Dapur

Resepi Nasi Tomato Anti Gagal & Paling Sedap, Confirm Licin Tak Cukup Sepinggan!

197
SHARES
RESEPI NASI TOMATO

Hujung minggu biasanya ibu-ibu pasti akan menyediakan hidangan spesial dan lain daripada lain. Selain nasi lemak, apa kata cuba buat nasi tomato pula. Jangan risau, resepi nasi tomato ini mudah sahaja cara membuatnya dan sudah tentunya anti gagal.

Suami dan anak pasti teruja dengan keenakan nasi tomato tersebut. Kalau tak percaya, cubalah!

Baca juga: Cara Betul Simpan Kuetiau & Mi Kuning Dalam Peti Ais, Boleh Tahan Berminggu-Minggu

RESEPI NASI TOMATO ANTI GAGAL, PALING SENANG NAK BUAT

RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan nasi:

  • Beras Basmathi (3pot) : Air (4pot)
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Bawang merah & halia dimayang
  • Bawang kisar
  • Susu cair ½ pot
  • Tomato puree & sos tomato
  • Daun pandan

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bunga lawang, kayu manis, halia dan bawang. Biarkan sehingga naik bau.

2. Bila dah garing, masukkan bawang kisar, daun pandan dan cili kisar. Tumis sehingga garing.

3. Masukkan 3 sudu sos tomato dan 3 sudu sos tomato puree.

4. Masukkan beras basmathi yang sudah dibasuh. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam periuk nasi.

5. Letak air mengikut sukatan bersesuaian dan masukkan susu cair secukupnya.

6. Biarkan sehingga masak.

Bahan-bahan ayam masak rose:

RESEPI NASI TOMATO

  • Ayam secukupnya, potong kecil
  • Bawang, halia dan serai dikisar
  • Cili kisar
  • Air mawar
  • Daun pandan
  • Sos tiram
  • Sos tomato

– Goreng ayam yang sudah digaul bersama garam dan kunyit.

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang, halia, serai dan cili kisar sehingga garing.

2. Masukkan daun pandan, 2 sudu sos tiram, 3 sudu sos tomato, sedikit air mawar dan gula secukupnya.

3. Masukkan air dan ayam yang sudah digoreng tadi.

4. Hiaskan dengan hirisan bawang dan taburkan bawang goreng.

Sedia untuk dihidangkan. Memang sedap dan mudah sangat. Boleh dijadikan menu hujung minggu.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Milo Crepe Paling Mudah, Inti Banyak Gemuk-Gemuk. Memang Puas Hati Makan!

Sumber: Facebook Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×