Bakso merupakan hidangan terkenal dari Indonesia dan tentunya menjadi antara menu pilihan para pelancong dan rakyat setempat. Bakso juga menjadi pilihan hati di Malaysia kerana banyak kedai makan menghidangkan juadah tersebut sebagai menu mereka.
Memang puas dan sedap dipadankan bersama sambal cili pedas dan bebola daging. Jom cuba perkongsian resepi bakso asli Indonesia di bawah, memang puas hati dapat hirup kuah.
Baca juga: Petua Telur Masak Lemak Tak Pecah, Rupanya Kena Buat Macam Ni!
RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA, PUAS HIRUP KUAH & TERANGKAT!
Sesekali ubah selera sebab dah bosan makan nasi. Mudah dan paling penting memang sedap!
Bahan-bahan:
- 2 labu bawang besar
- 2 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- 2 sdb lada hitam
*Semua bahan di atas kisar halus.
Cara penyediaan:
1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi.
2. Masukkan air, seketul pati kiub ayam, sedikit garam, bila kuah dah menidih masukkan meatball. Reneh sampai meatball masak.
Cara buat bebola daging bakso:
- 250grm daging kisar
- 3 sdb tepung ubi
- 1 sdb garlic in olive oil
- ½ sdb lada putih
- 1 bji putih telur
- Garam secukup rasa
1. Kisar semua bahan sampai halus, kemudian masukkan ke dalam bekas dan uli kemudian bentukkan bulat-bulat.
2. Masukkan ke dalam sup bakso.
Cara cili merah pedas berapi:
- 20 tangkai cili padi merah
- 10 tangkai cili padi hijau
- 5 tangkai cili kering
- 2 ulas bawang putih
- Secubit garam
*Kisar mentah semua bahan ni, kemudian tuang ke dalam mangkuk.
Bahan rampai untuk hiasan: Daun sup, taugei dan bawang goreng.
Sos tambahan penyedap bakso: Sos cili, sos tomato dan kicap manis kipas udang.
Selamat menjamu selera. Sedap dan puas hati.
Sumber: Facebook Qasih Jue Aisya