Dapur

Petua Telur Masak Lemak Tak Pecah, Rupanya Kena Buat Macam Ni!

4.2K
SHARES

Pernah tak anda cuba untuk masak lemak telur tapi tidak menjadi dan hancur? Situasi tersebut sering kali berlaku kerana teknik masakan yang digunakan salah dan menyebabkan telur hancur di dalam kuali.

Kalau nak hidang untuk tetamu pasti malu dan segan kan? Jangan risau, apa kata cuba petua telur masak letak tak pecah seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah. Memang menjadi! Jom cuba.

Baca juga: Resepi Bebola Kek Coklat Cheese Ini Dapat 42K Shares, Memang Kegemaran Anak!

PETUA TELUR MASAK LEMAK TAK PECAH, RUPANYA KENA BUAT MACAM NI

Hari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macamana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.

Cara-caranya:

1. Didihkan air dan masukkan 4 sudu cuka.

2. Bila air mula mendidih, pecahkan telur satu persatu.

3. Biarkan sehingga telur masak.

4. Angkat telur dan masukkan ke dalam kuah kuning yang telah di masak.

Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan menjadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak. Pasti menjadi dan hasilnya memang telur tak pecah.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ahmad Shukri Amiruddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×