Dapur

Resepi Bebola Kek Coklat Cheese Ini Dapat 42K Shares, Memang Kegemaran Anak!

12
SHARES

Makanan manis seperti kek memang menjadi kegemaran semua orang terutamanya kanak-kanak. Pasti kek akan menjadi pilihan pertama buat mereka dan boleh makan setiap hari tanpa rasa jemu, namun agak sedikit mahal sekiranya mahu beli di luar setiap hari dan membazir pula bila anak makan tak habis.

Apa kata ibu buat sendiri sahaja kek coklat di rumah seperti yang dilakukan oleh Puan Iedaa Jahaya. Resepi bebola kek coklat cheese yang dikongsi mendapat 42K shares dan mudah sahaja cara membuatnya. Jom cuba!

Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Ayam Goreng Tepung Berkerak, Paling Sedap & Laku!

RESEPI BEBOLA KEK COKLAT CHEESE INI DAPAT 42K SHARES

Bahan-bahan: 

  • 1 peket biskut Marie
  • 250g cheese tatura
  • Gula icing
  • Coklat masakan
  • Badam

Cara penyediaan:

1. Kisar halus biskut Marie dan gaul bersama cheese tatura.

2. Kalau nak manis boleh tambah gula icing secukupnya.

3. Bulat-bulatkan dan biar sekejap.

4. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil.

5. Golek bebola tadi dalam coklat cair dan tabur badam yang telah dipanggang.

bebola kek coklat cheese

6. Letak dalam paper cup dan terus masuk peti ais.

Biarkan sehingga keras dan sedia untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Memang sedap dan tak cukup satu!

Sumber: Facebook Ieda jahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×