Dapur

Peniaga Kongsi Rahsia Ayam Goreng Tepung Berkerak, Paling Sedap & Laku!

81
SHARES
AYAM GORENG TEPUNG

Ayam goreng tepung sudah tentunya menjadi kegemaran ramai. Sebenarnya mudah sahaja menghasilkan ayam goreng ‘berkerak’ tetapi perlu menggunakan bahan dan teknik yang betul.

Ikuti perkongsian Yayar di bawah untuk mendapatkan ayam goreng tepung berkerak dan rangup. Makan cicah sos pun memang ‘layan’.

Baca juga: Resepi Bebola Nasi & Kentang Berlemak, Boleh Tambah Selera Anak

RAHSIA AYAM GORENG TEPUNG BERKERAK, MEMANG RANGUP

ayam goreng tepung

Adunan tepung ni banyak dan boleh disimpan. Saya gunakan tepung segera yang jenama PUAS. Tapi kalau nak makan sendiri boleh beli yang mahal sikit. Bagi menampung kos tepung, ada tepung campuran yang saya proses sendiri. Resepinya saya kongsikan di bawah.

Bahan-bahan: 

  • 700g tepung gandum
  • 1kg tepung beras
  • 300g tepung ubi kayu
  • 3 sudu serbuk lada putih (sudu teh)
  • 7 sudu stok ayam serbuk (sudu makan)
  • 7 sudu perasa (sudu makan)
  • 7 sudu garam (sudu makan)

Cara penyediaan:

1. Serbuk perasa dan garam kisar kering sehingga halus.

2. Campur semua bahan dan kacau sehingga merata. Ok siap tepung ayam buatan sendiri.

3. Saya akan campur tepung segera yang beli dan buatan sendiri.

4. Ayam setelah dicuci bersih dalam keadaan basah-basah tu pecahkan telurr sebiji atau dua. Tengok banyak mana ayam.

5. Taburkan sedikit tepung dalam ayam tadi bagi memekatkan.

5. Dalam bekas yang lain sediakan tepung yang banyak untuk sadur ayam.

6. Ambil ayam dan gaul dalam tepung tadi. Jangan nipis dan tebal sangat.

7. Terus masukkan kedalam minyak yang banyak api sederhana.

8. Goreng hingga warna keperangan dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Yayar B. Awang Noh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×